Assalamualaikum!
hari ini aku nak buat review sikit pasal rainbow cake. nama nak omputih je aku ni.
orang melayu sebut kek pelangi.
sebelum ini, aku ada lah bagi resepi ikan patin masak tempoyak, kalau awak-awak semua nak tengok sila lah cari sendiri dalam kisah silam i okay. aku malas nak cari. huahuahuahau
la ni semua orang dok pong pang pasai kek pelangi.
so masa cuti semester sebulan tu, aku dengan wafaa dah decide nak buat kek pelangi untuk
meng-suprise-kan mereka mereka yang tersayang yang lahir bulan 6 ke atas.
bukan apa selama ni, dia orang je yang selalu sambut birthday aku dengan wafaa.
sebab kami awai tahun. senang sikit kot.
malas nak cakap banyak, jom kita mulakan operasi. kau hingat aku ni rajin sangat ke nak masuk dapur ni. kalau mood aku tengan berpelangi-pelangi berfantasy-fantasy barulah aku jejak dapur.
i pemalas kan u ollsss. hahahah
Kek Pelangi
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan
hijau
cara - cara memprosesnya
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang
dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga
baking paper dengan butter
Panaskan oven
pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer
pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna
putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai
gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali,
mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna
spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena
berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung
~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6
bekas berasingan
*timbang setiap
adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna
dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam
loyang
Bakar adunan tadi
satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api
atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar
masak.
For topping : I buku creamcheese + ½ cawan butter + ½ gula
aising.
inilah ghupe kek pelangi aku. hahahaha
![]() |
meriahkan kek aku. hahahah siap berpacak pacak lagi "signboard" |
![]() |
harap abaikan kek yang sampai ke kotak. u olls kena paham kami ni gelojoh sikit bab makan-makan ni terutama aku. hahah |
![]() |
lihatlah kek aku yang gebu ini. hahahha puihh |
![]() |
time ni tengah borak dengan dila pasal hal negara. |
![]() |
lihat lah diri kami yang selamba ayam je buat picnic kt tepi tasik Pullman . curlaaasss kau orang. |
![]() |
dia orang ini takpayah ceta, lepas makan sikit teruih melilau, al maklum mereka kan nak cari gambar terbaik untuk tumblr. dari kiri hanif dan megat. |
![]() |
ini dia tak asing lagi, abang ayie kita cum photographer kami. selalu kena paksa jadi tukang gambar. beranilah dia kata taknak tapi selama ni tak pernah pn kata tak. kami kan gangster haha |
![]() |
kami sedia berkhidmat tuan! hahaha |
![]() |
mia bawak lulu dia. almaklumlah mereka ni dah terpisah hampir 4 bulan dek mia belajar di sabah |
![]() |
mereka ni kalau dah lama tak jumpa akan buat jejak kasih kat twitter. tpi kalau dah jumpa kalau tak sesi luahan perasaan mesti dengar gelak setan mereka. |
![]() |
eh asal lulu lagi. haha. sebenarnya kan, dari form mia bela si lulu ni, kiran anak dia lah ni. tapi aku tak pernah pegang betul2 sebab i geli okay dengan binatang yang berkuku ni fobia . kalau rasa-rasa nak aku campak lulu ni bagilah aku pegang haha |
okay lah, aku curi curi masa menulis sementara i ada mood okay. i kan pemalas.
nak siap-siap sebab hari ini till ahad ada program kepimpinan pengawas kat SMK Permatang Tok Jaya. i jadi pengarah projek u olls. abang anep ni saja je. kali ini semua nya budak first year yang uruskan. so harap-harap semuanya berjalan lancar.
nanti i update lagi okay.
thanks for reading.
bye
No comments :
Post a Comment