13 July 2012

MarahTerkejutTerdiamTersenyum :)

Assalamualaikum wbt.
Hey everyone!

Esok keputusan UPU dengan USM keluarlaaaah!! dapdipdupdapdipdup jantung otak aku semua organ aku berdebar menanti esok yakni hari yang bakal menentukan masa depan, periuk nasi dan yang paling penting senyuman ibu dan ayah aku *anak MITHALI kan. hihihi

Tetapi bukan itu yang ingin ku persoalkan sekarang ini tetapi apa yang telah berlaku pada hari ini dalam hidup gadis yang bernama Dora Syafieqa bt. Mohd Zain. First sekali, tujuan aku bukan esaja okay, aku cuma nak share je, takkan tak boleh kot. Tapi peduli apa aku, ini kan blog aku, kalau tak percaya korang lihat di atas, nama sapa? haaa pandai pun.

Macamana erk nak cerita, ermmm,

Pada satu hari...

Eh taknaklah macam tah pape, straight to the point lagi cool. :)
Sorry guys kalau buat korang nak muntah au.

Duduk diam-diam baca then nak muntah lantak korang lah.

Siang tadi JK buat something yang buat kemarahanbarantemper aku surut.
kami ada sikit salah faham, as sesapa kenal aku, aku ni keras kepala sikit tapi kalau hentak kat dinding mahu berlobang sebesar gua batu caves gak lah.Dia try nak make up balik dengan aku tapi aku masih dengan marah.

Around 1 petang camtu aku dapat mesej dari dia, "masih marah lagi ke, im sorry"
Aku yang mmg kaki gangstar ni buat selamba badak aku jelah,

Finally, received call from him, pasal mamat ni yang aku salute, dah dua tahun aku kenal since sekolah dia memang susah marah. kau buat apa pun, dia marah tapi tak terluah, sampai aku naik jelly *jealous  
Yea lah mana tak nya dia boleh kawal marah dia, kalau aku tu aish,sabar je lah.

Masa on the phone tu, seriusly aku rasa nak terajang diri aku sebab aku layan dia hampass kelapa,
Last-last dia dah surrender kot, dia end call. Aku pun buat tak tahu lah kan,
Aku terima mesej dari dia , dia ckp dia ada tinggalkan barang dan makanan kat depan pintu office.
Masa tu mahu aku marathon siap lompat jauh lagi *hodoh gila perangai aku masa tu, tolong jgn membayangkan.TQ
Aku terus turun bawah cari dia, adalah 5 minit camtu aku tunggu cari dia tapi dia tak ada, dah macam filem hindustan aku masa tu.hahaha

Bila tengok dia dah tak ada, aku terus naik office, bila ingat dia ada tinggal something terus aku berlari lagi *hidup aku harini memang marathon kot. hahaha
Bila aku ambil barang tu je aku terdiam, serba salah nak mati sebab aku marah dia, kerek nak mati dengan dia tadi. rasa nak tampar muka aku.
Bila aku tengok kat dalam ada McD, dia macam tahu-tahu je yang aku ni tak makan lagi padahal baru 3 minit lepas aku bagitahu dia yang aku tak makan,

TETAPI! part yang buat aku makin TERKEDU isi selain daripadaa makanan,

Antara isi kandungan beg ni, 

Dia sertakan  ini, MP3 yang dia simpan semua lagu bingbang dia tu, dia delete semua lagu bingbang tu sebab dia tahu aku tak suka, tapi dia set satu lagu ni yakni lagu favourite aku dan dia.


Selain tu, dia sertakan Love Letter! hahaha gilalah, aku rasa kali terakhir aku dapat surat cinta masa sekolah rendah, quite konservatif gak JK ni. 

So aku dengar lagu tu sambil baca surat tu, hati aku yang keras ni boleh lembik, macam perempuan je, Mia wafaa pulak kata sweet lah JK ni blablablabla. diorang siap tangkap gambar aku masa tu lagi. 
Sorry lah surat tu tak dapat disiarkan sebab terlalu privasi. ahahah 

Terharu gila kot. bertambah terharu lagi bila aku dapat tahu dia sanggup naik bas ke Kajang semata-mata nak belikan McD untuk aku, then patah balik pergi Office aku yang kat Bangi sebab nak hantar makanan  sebab dia tahu aku tak makan lagi dan nak juga betulkan salah faham ni. 

Part yang aku paling bengang, masa aku berlari turun bawah cari dia tu, dia ada kat tangga sebelah office aku! macamana aku boleh tak perasan?! mungkin sebab aku berlari nak cari dia kot.haha. dia nampak aku berlari,hampa,. Bila aku masuk office baru dia balik, Ya Allah, masa tu aku rasa nak sepak dia je, yelah datang panas-panas dengan naik bas balik jalan kaki. Tapi tak jumpa aku, just hantar maknan depan pintu, dia ingat dia budak McD Delivery ke apa! 

Bila aku tanya dia, dia kata dia taknak jumpa aku masa aku tengah marah. 
Aku terdiam je lah. Tapi seriusly, aku terharu, marah aku terus hilang bila tengok kesungguhan dia. 

Itulah ikut lagi kemarahan kau dora.padan muka,

Eh ok lah, sampai sini je okay.
esok upu keluar nanti aku update lagi okay.

Thanks For Reading
:)

4 comments :

Amylia Ishak said...

Alololololololololololo so sweetttt <3 :*

Dora Zain said...

banyaklah sweet amy hahaa

Amylia Ishak said...

Hahahaha malu ye ;P

Dora Zain said...

haruslah sebab kita gangster kot haha