09 May 2012

Assalamualaikum. 


tap tap tap bunyi keyboard yang ala-ala professional padahal taip pun terkial-kial. 
otak tengah perah smpai tahap dry cleaning supaya aku dapat idea nak menulis.
okay kali ni aku nak story pasal hari ahad yang lepas yakni 6 Mei 2012.


aku harap korang tak bosan sbb entry ni kalah buku sejarah form 6 aku * cehh poyo gelabah ayam tol aku ni haha


masa tu aku pergi pesta bukulah kan, lepas gian al-maklum, matlamat aku ke sana hanya satu iaituuuu aku nak beli NOVEL ! ambik kau siap caps lock lagi aku bagi. kau ada? hahah.
aku pergi dengan sapa lagi kalau bukan dengan jebon jebon kesayangan aku tu * haha mati aku nanti kalau dorang baca. pedulikan semua itu. opsss lupa nak bagitahu sapa jebon-jebon tu : mia, wafaa, fath and ayie. haha kalau aku tak bagitahu pun kompom kalian tahu kn , itu pun kalau korang selalu baca blog *sedih, sobsob, ku tahulah blog aku ni tak sefemes Kak Maghia Elena. 


okay masa kat PWTC, aku berjaya juga beli novel-novel ini.actually walaupun aku ni sorang pembaca novel yg hebat *perasan lah sangat kan . namun aku memang bengap bab-bab nak pilih novel yang best *naive gila aku ni kn hahhaa. tapi atas pertolongan dari Wafaa , aku berjaya memilih novel yg best, serta aku juga tak lupa beli dua buah buku berkaitan sejarah islam. baru seimbang ilmu duniawi aku hahaa


Antara buku yang aku beli.jeng jeng jeng....


               


ikutkan rasa mahu aku borong semua novel yang aku nak tapi memikirkan bajet yg takut melampau punya aksi so aku kawal nafsu aku.haha alaaa, buku2 ni pun aku tak baca lagi sebab jin membaca aku hilang mana tah, pandang buku pnmacam takda nafsu.hahha 


then , kami pun pergilah mencari ATM Machine sebab nak menopap balik poket yg makin kerempeng ni. tapi bengang gila sebab kena beratur mengalah beratur nak masuk sekolah masa sekolah primary dulu, lalu aku pun menuju surau. and nak tahuuuu tak aku jumpa sapa? ohhh awesomeeee i met kak Maria Elena. speechless gila doh, nak tahu setiap tingkah laku dia taknak satu pun termiss dari biji mata aku ni.haha dah macam stalker yang berbahaya lak aku ni.  


lastlast hilang segala rasa malu dalam hidup aku i dengan selmba ayam aku meyapa dia. and you know what!! she's cool! ohh mai. dia lawa gilaa,,, lagi lawa compare than dalam video or dalam blogger. she sooo talkactive. nasib baik kami ni jenis minah kepoh so atk awkward gilaaa, siap tangkap gambar lagi.





abaikan muka sebelah kanan itu okay. she's a simple person, without make-up buat still cantik tertarik.


then after pwtc , we're headed to Ampang Park sebab ada orang tu nak belanjaaaaa :) siapa lagi kalau bukan Wafaaa, :) late lunch at The Manhattan Fish Market, uish rezeki rezeki jangan di tolak.
aku telah memilih my favourite which is Chicken Marinara and Citrus Mint. superb lah.













selepas itu, kami pun shopping and blahblah did some activities yang buat kami tersenyum, finally, tgk jam dah nak maghrib, masing-masing mengelabah sebab masing-masing dah ckp nak blik bfore 7, masa nak balik itu, berlakulah sebuah kejadian yang indah iaitu, aku perasan yang hp aku dah hilang. mulalah datang segala bapak ayam punya gelabah aku sebab hp tu pemberian ibu aku beb!masa tua ku pikir lagi macamana nak contact Korea celop? macamana kalau number tu tak boleh renew, amacamana dengan gambar-gambar dalam memory phone tu? mahu tak meroyan aku dibuatnya., so mia pun dgn rela hati nak temankan aku cri hp tu, hbis aku jelajah satu Ampang Park tu * takdalah jelajah mana pun ahah, gebang je lebih haha 

dahh pusing dah tapi still tak jumpa, nampak jejak pun tak lah kan.rasa nak pengsan je masa tu. akhirnya aku give up dan pergi ke parking nak baliik sambil dalam kepala aku ni ligat memikirkan duit yg dalam akaun aku cukup tak nak beli hp yg sama, yelah nak cover kot.haha tetapi Allah tu Maha Adil, fath ngan wafaa cari aku and mia, dorang cakap hp aku ada kat dalam plastic bag, Ya Allah masa tu aku rasa nak hentak 1000000 kali kepala aku kat dinding sebab careless yang teramat sangat. habis kena bahan dengan dorang dalam kereta, bila sampai rumah je masing-masing guna kejadian tu as alsan, huks aku redha je lah.sapa suruh cuai sangatkan.

eh okaylah thanks for reading.

No comments :