25 March 2012

Hajat saya :)

 

Assalamualaikun wbt =)

dah lama aku simpan hajat ini, setiap kali melihat wanita memakainya, mesti hati terdetik " Ya Allah bila aku akan seperti itu, permudahkanlah"

aku sentiasa berdoa supaya Allah permudahkan jalan aku untuk memakainya, aku ingin bukan sebab trend, nak mengikut tapi sebab aku rasa selamat bila berpakaian seperti itu.
aku paling takut, gerun bila lelaki memandang aku.

aku selalu lihat, tersenyum apabila liihat wanita berpakaian seperti itu.
aku teringin, berdoa supaya Allah permudahkan sebab aku tahu kalau nak berpakaian seperti itu memerlukan mentaliti yang kuat,

aku pernah suarakan hasrat aku ini pada ibu, ketika itu, ibu tersenyum sambil cakap Alhamdullilah, aku hanya mampu tersenyum. pertama sekali ibu tanya kenapa aku nak pakai, adakah sebab trend? aku terkejut bila ibu kata macam tu, sumpah aku tak ikut trend , masa tu hanya Allah yang thu perasaan aku, mungkin ibu phm apa yg aku pikirkan, ibu pun kata kalau nak pakai hendaklah dari hati, mulakan dari minor dulu spt ubah perangai negative kepada positive,

yeah aku thu yg aku banyak sikap yang opposite spt keras kepala, suka cakap kuat.bnyk sgt smpai aku rasa aku ini terlalu kerdil, aku berusaha nak ubah perangai tu,
kemudian aku nak lengkapi solah ku,
akhlak , perbuatan yang baik.
ibu kata kalau aku tak mampu kawal diri aku bagaimana aku nak mengawal and nak mengekalkannya bila aku dah memakainya.

apa yang ibu kata tu betul, banyak lagi kekurangan yng perlu aku tpop untuk mengatasi kekurangan tu. Aku berharap sgt semoga hajat aku ini tercapai.
kerana aku ingin menjadi seorang muslimah yang ada pakej agama, akhlak yang selaras dengan kehendak syariat.


 

semoga Allah permudahkan . amin.

2 comments :

Husna A'dilah Hasmizi said...

InsyaAllah, Allah sentiasa permudahkan hambaNya untuk menjadi lebih baik. Semangat kena kuat ye syg. :)

Unknown said...

thanks a'dilah =)