25 March 2012

things about me :)

Assalamualaikum wbt =)

actually, aku takde ideas nak tulis apa tntg entry kali ini tapi mood menaip memang tengah meroyan.
dok berpikir timur ke barat, memerah keringat otak ini untuk berfikir.
All of sudden, my sis kata apa kata tulis tentang yourself.

here, i wanna share a few things about myself by generally and personally

Perangai Saya :

Seorang yang berdikari, dari kecil aku dah di didik untuk berdikari, aku ingat lagi, tingkatan 1, aku kena pergi sekolah sendiri, daftar sendiri, sampai sekarang ini, kalau ada pape urusan aku mesti sendiri, ibu memang dah didik aku spya berdikari, thats why lah kadang-kadang aku pergi mall sorang-sorang, aku buat mall tu macam rumah aku sendiri.haha, tengok wayang sendiri, shopping, makan sendiri, sebab tu kadang-kadang kawan aku pelik tengok perangai aku yang tak takut ni.ahahah kalau aku bosan, aku akan drive alone pergi suatu tempat tu sendiri even aku tak tahu jalan, semua berpandukan signboard.haha.but make sure minyak kereta full tank, poket pun full. :) 

aku manusia yang ikut mood, kalau mood aku nak diam, aku akan diam je except kalau ada mana-mana alien or prince yang buat jokes kompom mood aku berbunga-bunga.haha tapi kalau mood aku tengah okay, aku lah manusia yang plg kepohgilasewel tu yang membe aku cakaplah hahha. 
seorang yang serious and perfectionist bila berkaitan dengan tugasan, kalau tak percaya sila tanya kawan saya. kalau dorang tak kena marah memang tu bukan aku kata gangster kampung kan. hah


seorang yang keras kepala kalau rasa dirinya betul, yang ini aku tak tahu bila nak diubah, kalau aku rasa benda tu aku betul, sampai kiamat aku takkan mengalah, aku kan defend sampai ke titisan darah yang terakhir, lantaklah org nak kata kau kurang sopan, tapi tu memang aku :) so jgn terasa kalau aku keras kepala.hahah

seorang manusia yang suka makan, semua benda aku tolan, tapi bila aku takde mood nak makan, haram kejadah aku nak makan, kau letaklah ayam goreng sekali pun, kompom aku ignore jeee,kadang berapa hari aku tak makan aku boleh buat derk je tapi haruslah ada air kosong. :) tapi walaupun aku kuat makan, ada a few yang aku memang akan tolak spt:

1. budu and cencalok, favourite aku tuuuuu!! sobsob, aku dilarang makan sebab resdung! sumpah benci gila, kalau tak dulu aku mmang hantu 2 benda ni. kalau makan kompom aku tak ingat dunia, kau letaklah Zachery Francis Ubu depan aku pun kompom aku buat derkk, kuatkan penangan benda ala ni.

2.erkk, aku tak reti makan ikan yang ternak tulang macam ikan parang, dan sewaktunya lah, memang aku tak reti, aku bukan mengedik tapi serious dari hati aku memang tak reti. sedih gilaaa sebab semua org kata ikan tu sedap.aku pernah cuba makan pengakhirannya aku yang tercekik.lepas tu fobia alam aku dibuatnya.

3. aku alah benda kafein! waaaa sobsobsob..sedih tau tak! 
kalau aku minum benda yang ada kandungan kopi and suku sakat dia, kompom aku akan peningpening,loya then pengsan! okay ini tak tipu memang serius! tp aku akan pengsan bila terminum benda tu yg banyak. tapi aku teringin sgt nak minum kopi, ini tak kalau pergi starbuck ke manamana je mesti hot chocolate. nasib baik aku ni penggila coklat. kalau tak hurmmm entahlaa.

seterusnya, aku ini ada satu pe'el. aku takut kereta polis dengan ambulans .kalau tengah driving tu, tiba2 terdengar siren je, automatically darah tinggi aku dtg aik sjak bila aku ada darah tinggi, nmpak benor aku tipu. Padahal aku cuma kena bagi laluan pada diorang je esp ambulans. mslhnya, aku ni lemah semangat sbb mesti aku terpikir dalam ambulans tu ada org yang tengah dying ke, nak bersalin ke. selalu kena marah dengan ibu pasal benda ini.
hah! cakap pasal lemah semangat, aku pling lemah semangat pasal pocong aka hantu bungkus. seriously, kau bagilah aku tgk ceta hantu sundal bolong ke, langsuir ke penanggal ke, aku boleh terima lagi tapi kalau pocong, gluppp. ampunlaa, mmg aku ttup mata. aku tak tahu napa.memang aku lemah semangat. aku kesian tgk muka dia yg terlalu comel tu yang aku takut tgk.haha

aku benci ular! bencibencibenci! kau bagila aku binatang apa pun aku okay je tapi kalau ular, hurmm memang aku maraton 10km wlpn aku ada asma .hahaha yieee bencinyaaa, ni pun aku dah meremang bulu roma.

aku suka tengok cartoon Barbie! mata terus bersinar-sinar nampak je brutal tapi suka tengok cartoon barbie.hahaha. jiwa lembut lah beb :) sku juga seorang yang tersangat sensitif, nmpk je aku relax tapi sebenarnya aku cepat menangis kalau kena marah dengan ibu, kalau aku nampak orang tua berjalan sorangsorang, menangis bila dengar lgu ibu, menangis bila marah adik aku, hahah dah hilang kemachoaan aku dowh.

Penggila pedas!! Cili padi, lada hitam memang sebahagian dari life aku, kalau takde aku memang takkan makan. so kepada luar sana, anda hendaklah makan pedas kalau nak kahwin dengan saya *hahah sempat cari calon hahah , walaupun kau tahu ada ngative, ibu sllu marah aku sbb aku ada gastrik, ibu bebel siang malam, kawan2 aku bebel, tapi aku tak boleh laaa :( 

suka bawak kereta lajulaju! haha ini yang paling aku suka.manusia yang paling aku salute ialah adik aku yg bongsu sbb dia taknah cuak aku speed berapa pun, muka maintain je siap suh bawak laju lagi.haha tapi sejak kena speedtrap ini, aku taubat sikitlah, haha nyawa aku satu je, 

Hah ni lagi rahsia aku, haha aku ada koleksii baju tido baju spongebob and barbie,hahah jangan gelak, tak percaya kan? haah tapi tu lah hakikatnya. ahha 

seorang yang tak suka lipat baju hamek kau, aku dah jujo tahap gaban. hahah tapi aku pling suka masak! sebab aku kan suka makan so kena pandai masak :)

okayla dah terlalu banyak sngat rahsia aku ini. kang dah takde keunikkan pula tentang gadis yang bernama Dora Syafieqa :)

okay lah thanks for reading :)

No comments :