06 March 2013

Program Motivasi Generasi Harapan oleh mahasiswa USM


assalamualaikum wahai saudaraku.

apehal tetibe skema ni.

okay aku nak straight to the point je sebab malam ni post aku berkenaan 

Remaja Generasi Harapan (RGH)

sebenarnya program ini merupakan satu program yang dikendalikan oleh student USM sendiri. Pengasas program ini merupakan student USM iaitu Abang Anip dan kekawan dia. 
tujuan program ini diwujudkan adalah untuk memberi bimbingan kepada generasi muda yang di luar sana tentang kepentingan pelajaran. 

seperti mana kau orang tahu, kebanyakkan generasi muda sekarang ini semakin alpa dek arus kemodenan. dan menjadi lalai terhadap pelajaran.

mungkin bila aku terangkan tentang program ini , 
mungkin ada segelintir pihak akan menganggap program ini sama je dengan program consultant yang lain. 
di sini saya nak tekankan, mungkin kami tak sehebat seperti program consultant luar sana tapi matlamat kami adalah untuk mendekatkan diri dengan generasi muda dan untuk memberi sedikit info sekaligus menjadi sahabat mereka walaupun hanya untuk beberapa hari.

untuk pengetahuan kalian, pada mulanya program ini diwujudkan, group ini tidak mendapat liputan yang meluas daripada pihak atasan, 
program ini diselia sendiri oleh senior-senior RGH sendiri tanpa sebarang bantuan or dana kewangan daripada pihak atasan tetapi alhamdullilah kerana lately ni RGH mula mendapat perhatian daripada pihak USM, malahan pihak atasan terkejut kerana bagaimana RGH ini mampu bergerak sendirian tanpa bantuan USM. mungkin kerana niat RGH yang ikhlas untuk membantu adik-adik yang masih bersekolah.

program ini terdiri daripada student-student USM yang sukarela untuk menyumbangkan tenaga dan masa untuk membantu generasi luar sana. 
Alhamdullilah, sejak program ini diwujudkan, RGH mendapat beberapa projek daripada sekolah-sekolah sekitar Utara dan feedback yang diberikan oleh pelajar-pelajar serta guru tidak mengecewakan kami.

sepanjang program-program yang RGH laksanakan, RGH tidak pernah mengharapkan sebarang bayaran, namun sekiranya ada pihak sekolah yang bertanya tentang bayaran, kami menerima apa yang pihak sekolah mampu, sekiranya pihak sekolah tidak mampu, kami tidak mempunyai sebarang kekangan untuk memberikan perkhidmatan serta pertolongan yang seikhlasnya. kami cuma meminta agar pihak sekolah menyediakan tempat tinggal, pengangkutan dan juga makan minum kami sepanjang program dilaksanakan.

Hal ini kerana  matlamat kami hanya untuk membantu pelajar-pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan untuk mengaut keuntungan. 

saya merupakan salah seorang daripada fasilitator RGH sendiri dan saya merasakan bahawa program ini amat berguna sekali kerana RGH bukan program kursus seperti yang lain tetapi kami menyediakan program dan aktiviti yang kami mengambil kira dari pelbagai perspektif seperti minat pelajar.

Hal ini kerana pelajar hari ini merasakan program-program motivasi adalah sama dan membosankan, oleh itu, kami akan mewujudkan program motivasi di mana pelajar merasa santai dan tidak terlalu tertekan dan menganggap kami fasilitator sebagai sahabat mereka. 

Oleh itu, kami mencari sekolah-sekolah yang ingin menggunakan khidmat kami untuk membantu pelajar-pelajar bersemangat untuk belajar dan sekaligus menjadi insan yang berguna. kami tidak meletakkan had lokasi sekolah, mana - mana sekolah sama ada di sekitar negeri Penang mahupun negeri lain yang ingin menggunakan perkhidmatan kami yakni Fasilitator RGH, boleh berkunjung ke Facebook kami 
iaitu :
            

hantarkan detail thru wall mahupun message Facebook kami untuk mendapatkan no telefon atau mendapatkan lebih info mengenai RGH.

Jangan risau, kami bukan "cekik darah" dengan mengenakan sebarang bayaran, sekiranya ingin menyumbang, kami menerima seadanya, cukuplah hanya menyediakan tempat tinggal, pengangkutan dan makanan minuman.

sekiranya ada pihak sekolah yang ingin mengadakan program motivasi di Universiti Sains Malaysia Kampus Minden pun kami alu-alukan. 

matlamat kami cuma ingin membantu adik adik kami di luar sana untuk berjaya.

so ini gambar program yang diseliakan oleh RGH 

SMK DHMNA
student USM dan juga merangkap Fasilitator RGH


SMK Mengkuang
Fasilitator RGH
masa ini aku sebagai pengarah untuk permainan
perbincangan sebelum mulakan program
seronok kena golek atas lumpur 
eh asal ada muka aku lagi? hahah

Penggerak RGH 1 : abg Anip
yang sebelah bang anip tu abang basri penggerak RGH 2

RGH family.

abaikan muka aku dalam gambar ni, masa ni aku tak sihat, tak nampak aku pucat.
banyak lagi gambar tapi aku malas nak masukkan, kalau korang nak tahu lagi aktiviti kami 
sila buat muka tak malu untuk pi Facebook kami di sini

kepada cikgu cikgu mahupun adik adik yang nak menggunakan perkhidmtan Remaja Generasi Harapan, boleh ke fb kami. kami akan menyediakan paperwork,jangan risau dan insha Allah, kami akan berikan perkhidmatan yang terbaik dan seikhlas mungkin. 

Thanks for reading.




No comments :