05 January 2011

kenapa mesti...

sekarang ini kenapa masih ada manusia yang tiada perasaan belas kasihan terhadap orang yang tidak sempurna seperti kita?
kenapa mesti ada perasaan sakit hati bila kita terpaksa berkorban sedikit untuk memberi seribu kegembiraan, kesenangan kepada orang yang kurang bernasib baik seperti mereka?
Allah anugerahkan kita kesempurnaan akal dan anggota untuk kita berkhidmat di atas bumi ini..
tapi kenapa susah untuk kita berkorban seikit demi mereka..
mereka tak pinta lahir ke dunia dengan keadaan seperti itu..mereka juga seperti kita yang inginkn sebuah kehidupan yang normal..
mereka juga tak ingin menyusahkan kita.
tapi apakah daya mereka apabila mereka membuntu kan kita untuk menjalani kehidupan mereka..
aku berasa kesal atas sikap segelintir manusia yang masih mementingkan diri sendiri..
aku melihatsendiri bagaimana
 kepayahan seorang adik yang tidak memiliki sesuatu yang amat penting dalam diri manusia..
dia dilahirkan dalam keadaan yang tidak memiliki kedua belah kaki.
di mana beliau hanya bergantung hidup atas kerusi roda..
aku melihat bagaimana kesetiaan seorang ayah terhadap anaknya yang kurang upaya
dengan menunggu anaknya ketika rehat dan balik.
sedangkan ayahnya mengalami masalah penglihatan yang kronik..
tapi ayahnya tabah untuk membantu anaknya
demi satu impian iaitu..
ayahnya ingin anak nya berjaya dalam kehidupan.
sebak aku melihat tingkah laku mereka yang menyentuh hati itu..
dan terdetik di hati aku
kenpa manusia sering memandang golongan seperti adik itu golongan yang membebankan..
tidakkah mereka berasa kasihan?
mereka golongan yang naif.
mereka memerlukan sokongan kita untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah ini..
Oleh itu, marilah kita buang jauh-jauh perasaan pentingkan diri bila kita menghadapi golongan seperti ini.
tanamkan lah sikap prihatin itu..

No comments :