sekarang aku memegang title student second year di Universiti Sains Malaysia.
bangga?
memang idok lah kan teman nak bangga.
walaupun dah masuk tahun kedua aku kat USM ini namun aku rasakan yang aku masih lagi budak freshie yang tak beberapa nak fresh sangat lah kan.
masih lagi rasa sedih bila nak mula semester baru,
aku masih lagi dihantar oleh ibu bila tiba masa awal semester,
aku masih lagi buat muka tangkap syahdu bila tiba saat saat kecemasan untuk tiba kat USM.
masih lagi homesick walaupun baru 2 jam ibu aku pergi, 2 jam okay 2 jam...........
nampak tak anak ibu kat situ.
kekadang bosan gak perangai super macam ini.
semua nak mengada-ngada.
rasa nak tampar-tampar je.
eh cuti hari malaysia ini aku balik rumah kot.
over kan tapi tu biasalah kalau cuti dora akan balik rumah.
tak kuasa ahkak nak menebeng kat sini lelama.
satu lagi yang aku nak sangat bagitahu.
aku dapat bilik tingkat atas sekali kat ceruk ceruk.
gua steresss gua seteress. namun aku masih bersyukur sebab bilik kali ini sejuk berbanding bilik lama
cuma kali ini roomate aku bukan bong tapi alia.
soft weh alia ini.
aku lak terus jadi ala ala gadis melayu .
cuma kali ini sure aku takkan dengar gelak bong yang super duper fuhyohhhh
korang bayangkan sendiri level gelak dia, malas aku nak describe
tapi almaklumlah bila dah bilik atas sekali ini,
peluang untuk aku berambu keluar memang tipis lah.
bukan sebelum ini bilik kat bawah sekali pun kau tak keluar ke hahha
esok dah start kelas wei.
aku harap sangat lecturer aku semester ini bagi waktu tutorial yang strategik.
strategik yang dimaksudkan oleh aku adalah antara isnin sampai rabu je sebab khamis aku nak balik rumah.
hahahahahahah kopak tak kopak ibu aku bila menanggung anak yang kuat balik macam aku ini.
tapi ada aku kisah, as long aku tak merayap tempat bebukan.
okaylah sampai sini je.
aku tulis entry ini sahaja nak bagi hint bahawasanya yang lepas ini blog ini takkan bersarang lagi.
insha Allah.
ohh yea sebelum nyanyuk aku sampai.
aku nak cakap selamat datang ke USMkepada freshie-freshie yang fresh agaknya esp kat dua pupu aku and dua juniors aku masih form 6.
seandainya kalian nampak aku. sendiri mahu ingatlah okay.
yang ikhlas :
aku bukanlah senior yang famous tidak famous.
okay bye.
Assalamualaikum wahai si cantik dan si manis
No comments :
Post a Comment