kadang-kadang kita terlalu leka dengan dunia kita sendiri sehingga kita alpa dengan masyarakat sekeliling kita.
iye aku tahu dah lama aku tak menulis entry tapi itu tak bermakna aku dah lupakan kewujudan blog aku.
hidup aku terlalu asyik dengan aktiviti seharian aku sehingga aku lalai untuk muhasabah diri sendiri apa yang berlaku pada sekeliling aku.
pernah tak kita terpikir bahawa ada orang lain yang sedang menanggung kesusahan?
aku sering terfikir dan membuatkan aku terdetik untuk meluahkan sedikit pandangan aku.
pagi tadi aku temankan ibu aku pergi ke pasar borong selangor untuk beli groceries for raya preparation.masa aku tengah stress dengan bangla sebab dia tak bagi aku pilih udang. dia nak main sedut je berapa kilo. hello kau ingat sedut pasir apa?
masa aku sibuk bebel kat ibu aku tetiba aku terdiam sebab masa tu aku terpandang seorang auntie ini sedang memungut sayur di kawasan pembuangan sampah. as we know, pemborong akan membuang semua sayur yang tak habis dijual. sungguh membazir.
aku rasa nak menangis. aku terpikir kenapa para pemborong itu membuang sayur-sayuran yang tak habis dijual or mungkin yg layu sedangkan semua tu mereka boleh letak ditepi dah biarkan org yang tidak kemampuan ambil. anggap sahaja bersedekah daripada membuang semuua tu. ramai lagi di luar sana memerlukan bantuan makanan. lebihan makanan itu tidak akan mendatangkan keuntungan pada mereka.
bagi mereka yang kurang kemampuan, walaupun sayur tu dah layu walaupun sayur tu dah rosak sedikit masih boleh dimanfaatkan. janganlah kita terlalu seronok sehingga mereka yang susah kita pandang sepi.
itu sahaja yang nak aku luahkan. setiap apa yang berlaku di sekeliling kita.
bukan bulan ramadhan sahaja kita berbuat baik atau mengingati yang susah.
terapkan dalam jiwa untuk sepanjang bulan.
sesungguhnya tiada bulan yang tertentu untuk kita buat kebaikan.
Aassalamualaikum.

No comments :
Post a Comment