23 October 2013

SEDIH

Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni. otak aku ni dah terlalu serabut dengan macam macam benda. benda apa pun aku dah naik kompius. yang pasti sekarang ini aku stress tahap infinity. Lately ni aku alami masalah nak memahami subjek kuliah aku. 

STRESSSSSSSSSSSS WEIIIIIII. 

aku tak tahu kenapa semester ini otak aku macam bebal. hah kan aku dah sebut bebal.
aku bukan apa, aku stress sebab aku rasa semester ni aku macam tak boleh nak carry. 
aku bukan budak yang ada basic ekonomi form six, so its bit hard for me to understand it as student yang ambik ekonomi for six. aku perlu struggle empatpolohjutakali than classmates aku yang lain.

tough subject yang aku rasa nak meraung kat tepi kantin adalah subjek statistik gunaan and makroekonomi. Ya Allah, serius rasa nak menangis. next week, ada midterm exam untuk makroekonomi. Ya Allah, aku tak tahu nak cakap apa, aku rasa lemah sangat dalam makroekonomi. tapi aku try untuk faham walaupun terpaksa muntah darah sekali pun sebab gua taknak gagal. kalau statistik gunaan pula, even aku suka maths, tapi statistik ni hurm hurm hurm taknak cakap dah cukup aku meratapi. 

Alhamdullilah, aku ada classmates yang sangat sangat hahahahahahha. taknak puji, sat g depa kembang. cukup aku cakap diorang terbaik sebab sanggup ajar aku ni yang tak beberapa nak pandai ni tetapi kekadang rasa down juga sebab susahkan classmate untuk ajar aku tapi ada aku kisah? mereka kena layan aku plus benda yang aku suka ialah mereka ni sanggup layan aku bila aku lapar. almaklumlah dora ni kalau dah lapar memang mintak penampar. Part yang tak boleh blah, qiela,setiap kali waktu lunch je kalau ada group discussion mesti tanya aku lapar tak sebab dia risau sikit kalau aku lapar. tetiba nak sayang qiela ketat ketat. eh eh sayang semua classmates aku ohkayy.

sekarang ini, aku cuma berharap sangat aku dapat conquer semua subjek aku. rasa nak menangis sebab aku rasa macam first class degree tu macam makin jauh,makin aku kejar makin jauh. kekadang tipulah kalau aku cakap aku tak menyesal ambik ekonomi. tapi is okay, sebab aku tahu ibu aku memang nak aku ambik ekonomi so demi ibu, ahkak sanggup.hahha cewaaah. actually, the reason why aku ambik ekonomi sebab aku nak selaras dengan kaum cina, as we know, mostly our economy mereka yang pegang so aku nak macam diorang. tak salahkan nak jadi selaras plus nanti aku nak jadi pegawai LHDN, gua nak kejar orang orang kaya yang payah nak bayar cukai. ahmboi see nampak tak permainan dia, hahaha takdalah tu pembakar semangat aku je .

Oh yah, baru-baru ini aku ada pergi interview untuk pegawai padang Pesta Bola Jaring - Penang International. percaya tak? tolong lah percaya.Memula ingat nak ambik bahagian announcer but aku ini jenis pesen manusia cakap macam KLIA Transit so better dont. 
aku pun ambik pegawai padang, even tak glamour, aku pedulik apa, as long aku dekat dengan padang. aku rindu nak main netball balik tapi apakah daya disebabkan kesihatan,terpaksa aku melupakan hasrat tu.rasa nak menangis bila tengok netball court, sebab aku terlalu nak sangat main. boleh tahap sedu kalau diukur kesedihan aku. 

aku rindu sekolah. 
itu sahaja ulasan aku.
ok bye.

p/s : aku harap classmates gua tak baca blog gua. 

2 comments :

Anonymous said...

hai sis , sis kena temuduga tak sebelum masuk USM? kalau ya, boleh tak bagi tips temuduga utk sarjana muda ekonomi ni? dan contoh2 soalan yg ditanya..

dorazain said...

Hai :) masa sis dulu kena tp sis kena interview utk masscom sebenarnya tp dpt social science, then kena pilih major so sis decided to choose economy, sis bukan bachelor tp major.so sis tak dpt tolong sgt tp bg sis utk bachelor economy , awak kena study psl economy dri plbagai sektor esp isu semasa luar dan dalam negara, study psl usm,and pengetahuan am. But plg penting confident ok :) hopefully dpt jumpa awak kat usm.kalau msuk usm roger okay :) goodluck utk interview :)