16 May 2013

Selamat Hari Guru cikgu! :)

okay ada masa lagi ini, boleh update entry pasal cikgu.
tujuan aku update entry ni sebab aku nak bagi secara meluas ucapan aku kat semua guru yang ajar aku since aku sekolah rendah untill aku form 6.
sebab terlalu banyak sangat cikgu so aku wish kat sini je lah ae. 

*ehem nak tulis entry untuk semua cecikgu ni kena proper sikit, mana boleh guna aku. tukar mode to sopan"

first of all saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cecikgu yang dok pulun ajar saya yang kepala batu ni. 

Kepada :

Sekolah Sek.Keb.Left.Adnan
Dulu masa aku sekolah sini aku selalu ingat nanti aku jadi macam left adnan. *sangat perasan that time* , kepada semua cikgu, saya tahu even though saya  wish, diorang tak tahu sebab diorang bukan tahu saya ada blog. hahaha. aku ingat lagi guru yang ajar aku iaitu teacher nazirah, cikgu asiah, teacher jalilah, teacher shima ( rindu gila kat cikgu comel ini), cikgu azrai, cikgu muzairi, cikgu banyak lagi cikgu. 

but special thanks to Cikgu Hazli. Yes cikgu Hazli ! sampai bebila aku akan ingat cikgu ni. haa cikgu yang telah menjemur aku. cikgu yang telah menghapuskan lemak-lemak badan aku sebab cubitan maut nak mati dia tu. cikgu yang selalu mengadjust struktur otak aku oleh ketukan maut beliau bila kelas pendidikan jasmani and matematik. Thanks sebab ajar saya. saya tahu saya student yang baik. serius saya baik *sapa nak mengaku dia jahat* hah, nati kalau ada rezeki saya buat marathon visit ae kat sekolah haha. entah cikgu ingat ke tak aku, tapi i tahu i pemes kat sekolah tu u'olls *sila muntah hijau, jijik aku dengar*. 

and tak lupa pada cikgu riduan. cikgu, saya nak bagitahu sekarang saya dah wanita sikit. hahha. sikit jelah sebab saya masih ingat cikgu cakap kalau dengan ketomboy-an saya takut takda laki nak. 


SMK Jalan Bukit, Kajang
Aku sekolah kat sini start form 1 until form 5. sekolah ini aku tak begitu pemes sebab aku kan budak baik. i very the pasif u know. aku harap takda kawan aku baca. masa sekolah kat sini macam-macam aku alami seperti accident bas sampai terbaliklah and so on. semasa sekolah kat sini aku banyak buat dosa woi kat cecikgu aku. tapi standardlah kan buat salah . haha. 

Selamat Hari Guru kepada semua cikgu esp cikgu radha, cikgu maths aku. cikgu ni memang mempunyai seribu kesabaran yang tnggi sebab sentiasa marah aku. satu benda yang aku masih ingat, cikgu ni pernah cakap depan semua orang " dora if you pass maths ni i bersyukur sesangat" yelah mana taknya since aku awal form 5, maths aku asyik gagal je sebab kemalasan tahap dewa aku, masuk kelas tidur. even si syahira tu yg master maths tu duduk sebelah aku pun, aku tak terpengaruh utk love love dengan maths.tapi Alhamdullilah, maths for SPM, gua dapat A bhai. thanks tu cikgu radha and syesye sebab sanggup bersengkang mata ajar aku from basic. last-last bila aku  bagitahu cikgu radha abt my result . she was crying and just dont believe it. depan KFC okay dia menangis peluk aku. 

selain itu, aku ingat lg aku pernah kena panggil beruk oleh cikgu mumtaz sebab ke-hyperactive-an aku ni. tetiba dia muncul dari belakang kelas cakap "sapa yang macam beruk tadi" hahah terdiam aku. 

selain itu, aku teringat ustazah Raisah, dialah ustazah yang paling cool pernah aku jumpa plus dia coach aku untuk netball. kalau buat salah dia kan sound kau macam kau sound kawan kau. tergelak aku dengan perangai dia. dia suka bercerita pasal pengalaman, sejarah agama, semua benda lah. serius rindu kat ustazah Raisah :( .


SMK Kajang Utama
memula aku memang taknak masuk form 6, siap nak buat mogok kat ibu aku sebab aku rasa form 6 ini nothing tapi lepas aku masuk . yes apa yang ada sekarang ini adalah disebabkan form 6. managed to get into USM because of my STPM's result. 

SMKKU, aku takkan lupa sekolah ni sampai bebila, berbanding SMKJB dengan SMKKU, aku lebih rapat dengan SMKKU wlpn aku cuma belajar kat situ setahun setengah but eventhough in a short period but aku dapat a lot of things there. 

special thanks to cikgu form 6 SMKKU esp cikgu kelas aku cikgu rushiha, cikgu haslina, teacher hasnah, cikgu rohaida.cikgu aniza. 

Cikgu Rushiha 
aku curi kat fb cikgu hahaha
wooo jangan memain, cikgu rushiha ni aish *geleng kepala dulu*. haha , cikgu shiha ni lagi gangster dari aku .selamba kutuk, takpa lepas ni aku minta maaf. aku tahu cikgu sayang aku haha . cikgu shiha ni nampak je garang brutal tapi hahah hanya orang yang rapat dengan dia je tahu dia macamana. memula aku masuk form 6, semua senior dah pesan, jangan memain dgn cikgu shiha, jangan melawan cakap dia nanti dia akan banned kau seumur hidup. haha. tapi aku ni kepala batu, aku pedulik apa. aku rasa aku betul sampai mati aku pertahankan. 

now aku geng dengan dia meh. dia cikgu Pengajian Am aku. sengsara weh masa tu. dia akan bagi kau kerja bebanyak esp part graph. kau boleh menangis kalau tak kuat. kalau kita pertikaikan dia akan balas "aku pedulik apa, yang aku tahu kerja tu siap" hahah walaupun aku kamceng dengan dia jangan pikir buku aku tak pernah kena lempar, rotan dengan dia. semua tu gua kena juga okay tapi as usual gua akan maintain gua cool. haha. kalau orang sekeliling tgk aku dengan ckgu rushiha mesti korang akan pikir aku murid kurang ajar. sebab aku dok melawan kata dia, sepuluh dia balas seratus aku pulangkan. haha tapi lepas tu aku terus terhegeh-hegeh datang kat dia minta maaf. beranilah dia tak maafkan aku. haha *sorry cikgu* haha

Cikgu Aniza 

woi oi dia cikgu bm aku. jangan memain. aku sayang dia sebab dia very the cool lah. gila sabar dengan perangai aku and dia layan je otak aku yang tak betul ni. and selalu risau dengan perangai aku yang tak rupa dengan ciri kewanitaan ni. actually subject bm yg paling aku lemau sekali. aku mesti akan merungut kat dia sebab bm ni banyak sangat ayat yang aku tak paham. 

so bila aku tak paham aku akan bina ayat based on sesedap rasa. tatabahasa terabur. aku ni kan kuat makan and cepat lapar. so bila dia mengajar tu mulut aku akan mengunyah. dia lah cikgu yang bagi aku makan sbb nnti aku takkan belajar dengan tenang, kalau mood aku lain je. dia akan tanya, kenapa and jawapan aku "LAPAR" so dia akan biarkan aku makan. and masa kelas bm selalu fath akan tolong betulkan ayat bm aku. hahaha tapi bm aku masa STPM dapat 3.33 berbanding sebelum ni yang hanya 2.5 kebawah. thanks cikgu thanks fath.nanti saya dah kaya saya belanja lolipop haha

kalau cikgu aniza tgk cara penulisan aku kat blog ni kompom kena ambik bm balik haha.

Cikgu Haslina 
cikgu haslina dengan mia
heheh dialah ustazah aku, dialah cikgu sejarah aku, dialah yang berjaya buat aku faham tentang sejarah and berjaya buat sejarah aku dapat 3.5 ke atas. 

seperti mana semua tahu sejarah ni ubat tidur yang paling berkesan kat dunia ni. sapa yang kata tak tu memang aku salute nak mati kat korang. selalu aku akan tidur 5 minit masa subject dia then baru aku akan bersemangat untuk belajar. aku bukan apa, aku tidur sebab otak aku penat nak terima. so aku rehat kejap. then bangun tu belajar mcm orang gila so bila dah agak-agak masuk era kebosanan kami akan stop and tukar kepada kelas agama. so macam-macam persoalan tentang agama akan kami tanya.

kiranya dia ni macam ustazah Raisah aku masa kat SMKJB. cikgu haslina ni serius comel, dia tahu gelak tapi bila dia serius mak ai, boleh terdiam semua manusia dalam kelas tu.aku suka cara dia mengajar sebab dia mengajar dengan cara bercerita. sebab bagi aku manusia ni sesi pembelajaran dia hendaklah dengan cara bercerita walaupun ada buku teks. baru tak bosan.

Cikgu Rohaida 

alahai bila cakap pasal cikgu Rohaida, satu ayat je akan keluar dari mulut aku dengan wafaa " alahai cikgu kenapa cikgu ni comel/sweet sangat" cikgu yang comel, sopan , lemah lembut,penyabar. Ya Allah semua tu ada kat dia.
sapa yang berani buat cikgu ni sedih aku sunat kau orang 150 kali.pedulik apa aku. kau tahu tak cikgu ni cikgu versi Fatin Liyana si blogger tu. 

dia ajar subjek Pengajian Perniagaan. aku ingat lagi setiap kali nak exam, kami akan lenjan subjek dia bagai nak rak sebab rasa serba salah bila tak buat betul-betul. semua ni gara-gara kelembutan dia mencairkan hati kami yang hak super champion ni.

cikgu rohaida ni comel sebab dia tak reti marah, aku degil macam mana pun dia tak reti nak marah sampai aku tension macam mana nak buat dia marah. haha. aku jealous sebab kesabaran dia tinggi. dia kalau aku buat perangai,paling teruk dia hempuk aku guna barang. tapi selalu dia akan marah sebab keganasan aku. sampai satu tahap tu dia pun jadi ganas, omaiggggssss aku transform ini cikgu into monster. semua salahkan aku disebabkan cikgu jadi kasar. weh taktahu  nak describe macam mana tapi serius cikgu rohaida ni innocent gilalah. hei hei ei. 

Teacher Hasnah 
teacher hasnah with cikgu hajar
ini teacher , gua tak tahu nak cakap apa. keslambaan dia memang tinggi . haah dia versi maria elena punya perangai. suka buat muka sambil mengajar. dia cikgu displin. gua dahlah lemah BI. tapi sebab dia gua paham BI. tapi bila dia marah, aku sendiri kecut otak nak cakap dengan dia. teacher kalau tak puas hati memang dia ckp depan-depan sebab tu ai like like her so so much haha. aku ingat lagi MUET aku kena repeat lagi sebab aku stuck kat part listening, gua memang pekak sikit campur dengan slang si orang cakap tu. mampuih aku nak paham terkebil-kebil biji telinga aku nak dengar. haha. 

masa dapat result muet, dia  punya terkejut sebab result aku tak spt dijangkakan. dia yang tenangkan aku suruh buat lagi sekali. aku sampai masuk USM pun aku still mengadu dengan dia kekadang. almaklum dia kan mak angkat ai u'olls. 

bila aku datang SMKKU je, cikgu-cikgu mesti akan tanya bila lah aku nak jadi gegadis yang sejati. hahah mereka takut aku tak kahwin nanti. haha. cikgu thanks sebab sudi wasiatkan ilmu cikgu tu kat kami and alhamdullilah, berkat-berkat cikgu, saya dan geng-geng saya berjaya masuk Universiti. *cakap sopan sambil menangis*. kami tahu kami bukan murid-murid yang baik tapi kami akan sedaya upaya berusaha untuk buat cikgu bangga dengan kami.

again, SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang pernah mengajar aku. Jasa kalian tak terkira macam air laut. Hanya Allah yang boleh jasa cikgu-cikgu *lap air mata*

nanti kalau saya dah graduate, dah kerja, nak kahwin saya panggil cikgu ae *tetiba je*

p/s : tak lupa juga kepada semua lecturer gua kat USM " Selamat Hari Guru "
      : heheh mostly gambar au cilok dari fb org. hahaha 

thanks for reading. okay bye!

No comments :