Masa inilah meja study dah berkemas,
setelah sekian lama lantai menjadi tempat aku membuat assignment, melepak, meng-stalk manusia manusia di luar sana.
Inilah kali pertama untuk semester ini aku duduk kat meja study .
tu pun selepas muhasabah diri yang final lagi sebulan je campur study week.
Masa inilah baru terhegeh-hegeh nak pasang niat untuk berkawan baik dengan pakcik-pakcik yang jaga library, untuk menjadikan library my second home. *so dramalah kau dora*
Masa inilah aku dok terpikir pasal desa. risau woi! 20hb ni result desa keluar sama ada aku akan teruskan menjahanamkan bil api air USM ni atau aku akan merempat keluar dari USM ini.
Masa inilah baru nak menyesal kenapa aku tak join aktiviti sekretariat yang dok berlambak kat notification aku tu.
Masa inilah baru nak menyesal sebab MyCSD aku tak sampai 40.
nak duduk mana weh kalau tak dapat desa, dahlah sewa sini mahal,
separuh gaji degree holder aku rasa sewa dia.
saya baru nak kejarterhegehhegehmerangkakrangkak untuk mendapatkan degree.
Masa inilah baru terhegeh-hegeh nak struggle untuk cover up semua subjek esp statistik.
gua cukup lemah bab statistik, memula sayang statistik,
lelama gua rasa nak benam je kepala statistik ni. T.T
Masa inilah aku rajin nak update entry.
Masa inilah aku menggatal nak update semua entry yang ada kat draft ni, kang bila dah takda bahan , mulalah melangok tengok drama korea, heh, sekarang ni gua tengah follow drama "You're The Best Lee Soon Shin" . kau orang googlelah ,
tapi memang best,sedih pun ada. memalam menangis seseorang.
Roomate , Amal tengok Running Man sampai gelak tak rupa manusia, aku lak tengok drama korea sampai feeling lelebih, menangis bawah bantal. hahaha
Masa inilah aku tetiba rasa lapar!
*eh takda kena mengena*
okay terima kasih.
Assalamualaikum kekawan. haha
No comments :
Post a Comment