Pada
mulanya aku nak tulis pasal makanan, yelah ke? entah-entah nak masuk dua tahun
kot. dah berkepuk resepi yang aku buat eksperimen ni tersimpan tapi aku delay dululah.
Sebab
ada satu benda yang aku nak sangat sangat luahkan ……….
Apa
yang aku nak share ini mungkin benda common atau pun satu penyakit dari dulu
sampai sekarang ni yang tak hilang-hilang tapi aku nak juga tulis. Pedulik apa.
Mungkin
apa yang aku nak tulis ni akan buat orang lain terasa tapi itulah NIAT aku!
Aku
nak cerita pasal hubungan antara adik-beradik dengan tanggungjawab. Aku dah lama nak cerita sebab
dah berkepuk aku simpan sesorang ni.
Aku
ingat pesan ibu kat aku :
walau macamana benci pun, nanti adik-beradik yang akan tolong kau,
kalau lelaki jangan
sesekali angkat tangan kat adik-beradik perempuan,
segaduh mana pun, dia tetap
adik kita,
apa apa hal sekali pun pentingkan adik-beradik selain ibu bapa.
Aku
tak katalah aku dengan adik beradik aku tak bergaduh, ada je gaduh sampai
menjerit-menjerit hentak, sepak pintu, tak bertegur tapi benda tu sekejap je
tak sampai seminggu. Sebab lepas tu bertegur balik sebab nak minta tolong kat
sapa lagi.
Aku
ada je bengang dengan adik aku sebab dia selalu mengelat dari ambik ibu aku
balik kerja tapi sejauh mana nak bengang tu? Memang takkan lama kau simpan
bengang kalau kau rasa jaga, ambik ibu kau balik kerja as tanggungjawab. Tapi
bila aku nak keluar aku paksa dia ambik pedulik apa.
Senang
cerita give and take tu kenalah ada. Sebab aku tahu dalam hidup aku kalau ada
masalah ke tak kisah lah accident (tapi mostly accident hihihi ) ke duit takda
ke apa ke, memang adik-beradik aku cari dulu sebelum ibu ayah aku sebab senang
nak deal especially duit, aku jarang minta adik tapi bila dah takda betul tu
bila aku minta memang dapat. Memang pelik kakak ketuk adik tapi pedulik apa
aku, sapa suruh dia dah kerja. Eh tapi dalam adik beradik aku, anje lah selalu
kena ketuk dengan kitorang sebab dia kaya sikit, dia kuat menyimpan.tapi
sayangnya tak sempat simpan dah habis kena ketuk dengan kitorang. Hahhaha.
Eh
aku cerita ni bukan sebab menunjuk tapi sebab aku sedih dengan masyarakat
sekarang ni. Hubungan adik – beradik tak serapat hubungan dengan kawan baik.
Adik beradik kau buat apa pun kau tak ambik port. Aku minta maaf kalau terasa
tapi ini reality hidup. Aku sedih. Aku selalu membayangkan kalau itu jadi kat
aku. Walaupun kau dah berkeluarga sekali
pun, hubungan adik beradik jangan lah renggang sebab kesannya nanti kat parents
kita . parents kita makin lama makin tua, dah tak larat. Kalau hubungan adik
beradik tak kukuh, parents akan susah bila mereka perlukan sesuatu. Sebab tu
kena mula dari awal, didik hati untuk sayang adik beradik kita, menyibuk hal
diorang walaupun diorang marah sekali pun.
Kalau
bab kahwin pun, kalau boleh pilihlah calon yang boleh ngam dengan parents kita,
dengan adik beradik kita sebab bagi aku kalau kita alpa pasal tanggungjawab
kita kat keluarga, dia lah yang akan ingat and paksa kita untuk lunaskan.
Dan
jangan sesekali setkan dalam kepala otak tu “ ala adik adik aku yang lain ada
untuk buat tu, biarlah diorang buat”
kalau kau dah set kepala otak macam tu, kau fikir adik beradik kau yang
lain tak fikir benda sama?
Tanggungjawab
terhadap ibu bapa tu wajib, jadikan habit dari awal, hubungan adik – beradik
kena kukuh supaya parents kita takkan terabai.
Sekian
sahaja mukadimah aku malam ini.
No comments :
Post a Comment