06 March 2013

Rebate RM200, lekas mohon.

Assalamualaikum.

baru tadi aku tulis entry , tetiba malam ni mood aku tengah baik untuk update lagi.
bila dah malas nak update tu nak pandang blog ni pun aku rasa meyampah,
bila dah rajin itu. tak menyempat. hahaha

actually aku tengah cari bahan for presentation Malaysia Economy aku minggu depan.
tetiba aku teringat pasal rebate rm 200 tu. 
bebaru ni aku pernah bagitahu kan yang blackberry torch aku dah tak bernyawa lagi.
selepas BB aku tu dah nyawa-nyawa ikan, aku terus daftar rebate ni memandangkan umur aku dah genap 21 tahun, for those yang tak genap 21 tahun mohon kesabaran yang tinggi diperlukan. 

setahu aku rebate ni masih lagi ada, sesiapa yang rasa handphone dah nazak bolehlah korang guna peluang ini untuk tukar handphone macam aku. 

rebate handphone rm 200 ni sebenarnya lebih kurang kepada discount, contohnya handphone tu berharga rm 799 so korang cuma perlu bayar sebanyak rm 599, kiranya korang kena potong rm 200 lah kan.

kalau korang berminat korang boleh pergi ke laman web SKMM.

Tetapi kau mestilah memenuhi syarat-syarat untuk memohon rebate ni kang sia-sia ka orang daftar tapi tak diterima.

1. hendaklah berumur 21 hingga 30 tahun sahaja *yang tiada berkenaan sila sedar diri okay
2. Pendapatan bulanan hendaklah tidak lebih dari RM 3000
3. Terbuka juga kepada pelajar mahupun yang pelajar separuh masa
4. Hanya terbuka kepada telefon pintar 3G je, yang 2G ke telefon 3310 tu jangan berangan.
5. hanya untuk pendaftaran broadband yang baru atau yang sedia ada tapi sekiranya kau orang memang dah guna internet since handphone lama kau orang masih boleh gunakan, contohnya pengguna Blackberry, kau orang tak payah nak risau kalau kena tukar sim card apa , kau masih boleh guna simcard lama. 
6. seorang pembeli hanya boleh guna satu rebate je, jangan nak over guna dua. kang mahu kena halau. 


korang akan dapat seperti ini 


then kau orang click , sekiranya  student , click kat bahagian student jangan memandai nak click kat pekerja. then kau orang kena isi form bagai, 
setelah kalian selesai, macam biasa submit and tunggu pengesahan, pengesahan akan dihantar thru email kau orang. 




then kau orang download attachment tu 
then kau orang print.


setelah kau orang print, kau orang bolehlah pergi kedai yyang terpilih, setahu aku cawangan Maxis, Digi Celcom, ada menawarkan rebate ni, Senheng pun ada. sesetengah kedai telefon bimbit pun turut menawarkan rebate ini.
hari tu masa aku nak tebus rebate ni, aku ingat nak buat kat senheng, sekali aku pi Bukit Jambul Mall, ada kedai telefon ni menawarkan rebate

tapi untuk pengetahuan kau orang rebate ini hanya boleh digunakan untuk telefon bimbit pintar yang terpilih sahaja, 



 Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia   Rebat RM200 SKMM Di Buka Sekarang!

UMobile Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia   Rebat RM200 SKMM Di Buka Sekarang!


 Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia   Rebat RM200 SKMM Di Buka Sekarang!

oh, yeah kau orang kena tebus sebelum tarikh mati dia, kau orang ingat makanan je ke yang ada expired date ni, rebate ni pun ada au. kelassss kau senah.


 Pendaftaran Pakej Komunikasi Belia   Rebat RM200 SKMM Di Buka Sekarang!


kau orang diberi masa selama satu (1) bulan untuk claim rebate. Jika kau orang gagal berbuat demikian, kau orang hanya boleh membuat permohonan baru selepas dua (2) bulan dari tarikh permohonan terdahulu tamat.



Tawaran Masih Dibuka!

so lekas mendaftar. 
Good Luck! 

Assalamualaikum

p/s : jangan nak memandai guna duit pinjaman pelajaran! ok bhai!

No comments :