Assalamualaikum,
"Bila Blogger Jadi Maid" .
source : abg google yang awesome |
hari ini aku nak buat sikit review pasal novel ini sebab bagi aku novel ini best gila tahap tujuh ratus doploh darjah punya best, heh ni bagi pandangan aku lah memang best,
tapi tak tahulah kalau kau orang baca,
aku malas cakap banyak , meh aku story sikit pasal novel ni.
Novel ni berkisarkan tentang Hanis Arisya, bukan Hanis Zalikha okay, dia seorang blogger yang terkenal.Dah kata adik beradik Hanis Zalikha versi novel, mestilah kena pemes.
Risya aka Hanis Arisya ni merupakan seorang graduan daripada UUM, dia baru lepas grad so dia nak lah bekerja, sekali ada iklan kat newspaper tentang pencarian orang gaji kat rumah seorang VVIP ni.
Maka dia pun mohonlah, akhirnya dia dapat kerja. so bermulalah kehidupan dia sebagai seorang maid blogger.
Dia menjadi maid yang kiranya disayangilah kat rumah majikan dia tu, keluarga majikan dia tak tahu yang dia ni seorang blogger terkenal. One day, salah seorang anak majikan dia ni yang bernama Ash balik dari overseas. Ash ni memula macam kerek nak matilah, padahal dia suka kat si Risya ni. ala biasalah noel kan, memula bajet jual mahal. Ash ni nak kahwin dgn seorang minah ni, Aimie, tapi pada masa wedding Aimie tak datang, so Ash ni memintak memaksa si Risya untuk berkahwin dengan dia. uish sesuka memaksa anak org kahwin dengan dia. so bermula lah pelbagai peristiwa yang mnearik. nak tahu lebih lanjut korang kena lah baca or beli novel ni.
bagi pandangan aku novel ni bersifat ringan, tak menyerabutkan kepala aku yang cukup baik ni, aku baca santai je seolah-olah kita tengah baca blog, dengan keromantikan si Ash, aku kompom gadis-gadis kat luar sana akan meroyan dan suruh pakwe korang jadi macam tu .
tapi novel ni lebih pada romantik, takda banyak sangat dugaan mereka cuma dugaan bila Ash accident then pura-pura lupa ingatan untuk balas dendam. balas dendam kat sapa? kenapa Risya boleh keguguran? hah korang kena baca novel ni :)
By the way, thanks to Wafaa, sebab dia lah yang menjadi rujukan aku kalau bab-bab beli novel, so far novel yang dia suggestkan memang terbaik.
okay lah nanti aku buat review novel lain pula erk, insha Allah, kalau kau orang baca, kau orang takkan menyesal :)
Assalamualaikum :)
p/s : thanks to pakcik baucar buku yang sanggup mempertaruhkan diri untuk aku tukarkan dengan novel ni..
No comments :
Post a Comment