27 June 2014

Review Resepi #5 : Oreo Cheese Cake

well well well...
makanan and dora tak dapat dipisahkan lagi.

so malam ni aku nak share another resepi okay.
resepi ni senang nak gilos.
orang yang mood tak betul macam aku ni memang layak mengabadikan diri buat benda ni.
tak perlu kukus atau bake.

inilah resepinya

Oreo Cheese Cake

biskut oreo - 3 bungkus yang jenis besar tu 
cream cheese - 250gm
whipping cream - 220gm
gelatin halal - 2 sudu makan bancuh dengan suku cawan air panas
susu segar/ susu cair - suku cawan
mentega - 20gm / setengah cawan 
gula pasir - suku cawan ( option tapi aku tak letak sebab bapak aku diabetes)


  1. asingkan biskut oreo dengan inti dia, kemudian korang hancurkan biskt tu jadi crumble sampai halus tapi tinggalkan sikit untuk hancurkan dia kasar kasar as hiasan.
  2. kemudian, cairkan butter, lepas cair masukkan dalam biskut oreo yang dah hancur tu, gaul sampai sebati and korang padatkan dalam loyang sebagai base dia. padatkan bebetul and rata kan dia. simpan kat freezer sampai dia keras.
  3. sementara tunggu oreo jadi keras, pukul whipping cream sampai kembang, kemudian masukkan cream cheese tu putar sampai sebati and masukkan inti biskut oreo tu and putar.
  4. selepas itu, masukkan susu segar/susu cair. putarkan sampai sebati, masa ini kalau nak masukkan gula boleh juga tapi putar sampai hancur okay.
  5. masukkan gelatin yang dah dibancuh tu. putar untuk 5 minit, masukkan crumble atau oreo yang korang dah hancurkan kasar kasar tu.
  6. keluarkan base oreo tadi and tuangkan adunan cream cheese tu kat loyang oreo tu, ketuk ketuk sikit bagi rata and padat. selepas itu simpan dalam peti ais. kalau dalam freezer lagi bagus. simpan semalam dalam 6 jam macam tu. so better buat malam,esok pagi dah boleh makan.

taraaaaa. ini oreo cheese cake yang aku buat haritu.


p/s : aku tambahkan coklat chip, aku taburkan kat atas adunan sebelum masukkan dalam fridge.

by the way senangkan resepi ni. sedap pun sedap sampai ibu aku suruh jual masa bulan puasa. anje pun suka. dalam rumah aku dah muak makan kek , so oreo cheese cake ni ringan sikit cuma sapa kurang minat akan rasa muak.

so selamat bertukang kat dapur okay.

No comments :