29 May 2014

Review Resepi #4 : Sheperd's Pie

Assalamualaikum  wbt.

Mood sekarang ini tidak beberapa baik selain satu hari ini berlalu tanpa sebarang aktiviti. 
So untuk menaikkan mood aku, maka aku nak share a few recipes sebab aku dah tak mampu nak simpan dalam folder lagi plus aku sedih tengok list aku yang every month cuma satu ceghita je aku post. 

Honestly, this recipe has been a few months ago so bit basi lah nak di-share-kan but it's okay
atleast i could share something right? *big smiles for me pleaseeeee. 

So aku nak share dengan kalian resepi Sheperd's Pie.
resepi ini aku buat masa aku kat kampung, kalau tak silap aku masa raya. 
honestly, setiap resepi yang aku buat mesti akan dikritik oleh manusia veteran yakni mama and ibu aku.
antara kritikan mereka adalah :

" apa yang kau masak ni kak?"

"kenapa lain macam je"

"boleh makan ke ni?"

"cuba masak something yang tekak boleh telan"

hahahah, sound like irritating but its okay sebab apa yang aku masak tu more to western so tekak mak-mak iolss tu kan tekak melayu then bit hard for them untuk telan. 
so everytime i cook something, i'll make sure telefon my cousins esp abang ikhsan and kak ipah because mereka akan datang and rasa, beranilah mereka tak rasa. ni dora okay *cakap ala mafia

okay dah penat nak potpetpotpet  menaip bebanyak. so ayuh kita.

Sheperd's Pie



Kulit Pie

Kentang  - 5 biji kentang if besar / 10 biji kentang if kecik
Susu segar uht / susu cair - suku cawan
Black pepper and salt
Telur ayam (option- sebiji 
Butter - 3 sudu

Inti

daging kisar ayam / lembu - if kalian guna yang Ramly tu just masukkan semua.
Bawang Merah - sebiji dipotong dadu
Bawang Putih - aku guna 3 biji je, dicincang
Halia (option)  - sedikit je sebab nak hilangkan hanyir daging 
Tomato - sebiji dipotong dadu
Cili Kisar - sesuka hati korang.
Sos Tomato / puri tomato - 2 sudu 
Black pepper and salt
Cendawan Shitake / Cendawan Butang - letak ikut perasaan korang okay. 



Cara-caranya: 

  1. untuk kulit pie, potong kentang tu pada size yang lebih kecil and rebus kentang tu sampai dia empuk. korang boleh test dengan garpu untuk tengok sama ada dia dah lembut ke belum.
  2. then, korang lenyek kentang tu tapi aku guna mesin pemukul telur tu sampai dia jadi macam kentang lenyek tu. masukkan butter and putar.
  3. after sesi melenyekkan tu, masukkan garam, black pepper and susu, putar sampai dia sebati and rasa sama ada sesedap rasa atau tak. lastly masukkan telur ayam tu and pukul sekejap. ketepikan.
  4. untuk intinya pula, tumis bawang-bawang and halia tu semua sampai bau wangi.
  5. kemudian masukkan daging kisar, kacau sehingga daging kisar tu masak separuh kemudian masukkan cendawan and cili kisar, masak sehingga pecah minyak kang sakit perut korang kang makan cili mentah.
  6. bila dah pecah minyak masukkanlah sos tomato, tomato, garam dan black pepper. gaul bagi sebati and rasa okay. kalau tak sedap pepandai korang meng-alter-nya okay.
  7. lastly, korang letak kentang  tu kat bahagian bawah loyang tu,  letak lapisan yang nipis je sebab lapisan atas tu kena letak banyak. korang ratakan
  8. kemudian korang masukan inti yang korang masak tu, kalau boleh buang lebihan minyak tu. thenn ratakan inti tu. dah lepas letak inti baru korang letak baki kentang tu and ratakan dia.
  9. kalau nak lawakan lagi sheperd pie korang, bolehlah sapukan kuning telur and buat garisan bagi menglawakanya.
  10. bakar dalam oven pada suhu 180'c selama 25-30 minit sampai atas dia warna kekuning, tak perlu bakar lelama okay sebab inti kita dah masakkan. 

So, selamat mencuba okay, baca bismillah sebelum buat.ikhlaskan hati insha-Allah mesti jadi. 

oh ya,korang boleh masukkan sayur-sayuran macam carrot ke bokoli tapi letak awak sebab dia masak lambat atau korang boleh masukkan je apa yg korang nak okay. sorry kalau sukatan aku entah pape sebab all this while aku masak main campak campak je ikut sesedap aku. 


No comments :