semalam masa pulang dari lepak dengan mereka,kira-kira pukul 11 malam macam tu, aku drove kereta.. masa tu kami tengah fun gila, buka lagu then nyanyi sama-sama.
tapi masa menuruni bukit yang kat depan hugo Sg. Chua tu, aku ternampak cahaya dari depan aku. aku tergamam gila. aku amati cahaya tu rupa-rupanya kereta! Kereta tu laju dan songsang, dia melanggar double line, dia masuk jalan aku dan kereta kami bertentang, masa tu keadaan dalam kereta aku sunyi je sebab masing-masing dah bertawakal kerana dalam kepala masing-masing cuma mati , aku terkaku, tergamam tapi nasib baik aku sempat mengambil tindakan dengan memusing stereng kereta aku ke tepi.
Semua tu berlaku sekelip mata sahaja, masa tu aku rasa nak nangis je, sebab kalau aku lambat bertindak nescaya aku dan kawan-kawan aku tak dapat hidup sekarang ini sebab kereta tu laju gila and anytime boleh merempuh hadapan kereta aku,
Kalau tak silap aku masa tu jarak antara kereta aku dengan kereta tu memang hampir sangat, sesaat kalau aku tak bertindak mahu berlanggar agaknya. selepas aku dapat mengawal kereta aku tu, aku bersyukur sangat Allah panjangkan umur aku, Allah bagi aku peluang untuk hidup lagi sekali.. masa tu kaki aku mengigil, badan aku sejuk.. aku tak dapat membayangkan reaksi parents kitorang bila mengetahui yang kitorang kemalangan sedangkan mereka menunggu kami bukan menunggu panggilan untuk mengecam jasad kami..
Ya Allah, terima kasih kerana menyelamatkan aku dengan rakan-rakan ku..
aku fobia sangat bila nmpk kereta bertentangan dengan aku...
Moral: kalau korang suka bawak laju-laju macamana sekali pun, janganlah korang membahayakan orang lain, pilihlah jalan yang lengang untuk membawa laju or berfikir dahulu sebelum membuat sebarang aksi yang berbahaya di jalan raya biasa...
No comments :
Post a Comment