09 April 2013

Review Resepi #2 : Kek Coklat Moist Kukus

Assalamualaikum wbt.

Dora dengan malas memang dah sebati. malas buat assignment, malas update blog.memang aku champion kalah Chipmunk. 

malam ni aku kena update gak sebelum benda ni jadi lapuk. 
hari ini dah 9hb kan. 
entry ni aku patut tulis 6hb tapi macam biasa i kan dasar pemalas u olls esp now tengah mood cuti memang mintak senyum kalau aku rajin .

sudah hampir seminggu aku duduk rumah, kerja aku makan tidur tv, hantar/ambik ibu,
itulah harian aku seharian. nak dating pun i malas okay.

6hb lepas yakni bersamaan hari sabtu kalau tak silap aku *bilik aku takda kalendar*
gemok aka anje dah dok memekak suruh buat kek coklat.
memula i nak buat kek pelangi je sebab bahan-bahan dah ada.

tapi disebabkan si gemok tu mintak and kebetulan lak masa tu aku teringin bebenar nak kek.

actually aku nak kek choc indulgence tu since kat usm lg.
tapi disebabkan aku pikir dari aku beli yang 1 slice mencecah lapan hingget tu baik aku buat sendiri.

tapi sebenarnya aku plan nak ajak ibu anje pi rumah cik elly aku .
sebab nnti kat rumah mereka dpt makan kek sbb kak yah (my cousin) kerja kedai kek plus cousin-cousin i yakni anak cik elly semua rajin buat kek-kek ni. 
i je pemalas tahap ayam.

hahah gila tak senonoh aku. tapi disebabkan aku dah taktahan so aku gagahkan diri untuk pergi beli brg sebab serbuk koko dah habis.
lepas hantar ibu kerja malam, aku pun drove pi kedai speedmart 99 tu sebab kedai tu paling dekat.

so balik je apa lagi operasi jahanamkan dapur ibu aku.
sebenarnya aku suka buat kek or masak bila ibu aku takda.nanti ibu aku terus tukar profesion dari nurse ke kitchen lecturer. hahaha 
hope ibu tak baca blog aku.kalau tak mampus aku.

ok aku taknak memekak bebanyak. jom review resepi.


Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-bahan :


Bahan A 

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan butter yang dicairkan (korang boleh guna minyak masak tapi better guna butter)
½ cawan susu manis ( aku lebihkan sikit)


Bahan B  
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate 9 ( kalau takda guna garam )


3 biji telur



Cara-cara :

 
1. Campurkan semua Bahan A ke dlm periuk

dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.


2. Tutup api biarkan adunan suam.

3. Satukan Bahan B, then ayakkan . soda bikarbonat kat rumah aku dah habis,ibu aku 
lenjan buat apa tah, terlupa nak beli so aku gantikan dengan garam.

4. Telur dipukul kembang dan campurkan Bahan A yang korang dah masak  tadi.
sambil tu kau orang didihkan dulu air kukusan kau orang supaya tidak kelam kabut okay.

5. Gaul rata dan campur Bahan B

6. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
(tuang dlm 1/2 acuan je)

7. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap

8. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat tapi sebelum angkat tu check sebab ni kek moist 
takut korang takleh bezakan sama ada dah masak belum, cucuk dengan garpu or lidi. kalau
 lidi  korang cun sahaja takda tepung melekat means dah masak lah tu. then angkat bagi 
sejuk.



untuk topping pulak.

Topping :

250gm coklat masakan.
1 sudu besar majerin
130ml whipping cream / double cream 
( ini suka korangnya sukatan sebenarnya ikut hati korang tapi aku tak letak sbb takda kat dalam peti ais. ada manusia habiskan)
sedikit gula sebab nak imbangkan rasa

cara-caranya :

1. korang double-boil kan coklat masakan. bila dah cair korang angkat.
2. masukkan majerin, gula dan cream. kacau sampai gula tu hancur, sampai tangan kau orang nak tercabut okay. 
3. then bagi dia sejuk dulu, ala-ala suam kuku gitu baru kau orang simbah curah atas kek and ratakan. 

p/s : actually lepas double boiled, aku masak atas api kecik, aku campurkan majerin,gula,1 sudu susu pekat and cair , aku gaul sampai gula takda. ni teori aku.korang jangan ikut kalau taknak. sebab aku masak or buat kek memang ikut suka aku. hahaa. 

dan inilah hasil dia . taraaaa


sila abaikan macam mana aku hias kek ni sebab aku masa ini memang dah malas gila sbb dah tengah malam buta aku buat. yang makan adik aku kan bukan orang lain, apa ada hal.

hahahahha nasib kau lah anje dapat kakak pemalas macam aku nii.
eh chop! dont judge the cake by its outer okay. 
dalam dia thumbs trillion up okay.



ini rupa lepas anak dara menjahanamkan dapur. haha ni sebahagian je. tugas aku dah selesai, tugas anje pula adalah mengemas segala periuk kukus tu. aku dah tak larat.

kek coklat moist ni senang je nak buat.
jangan risau okay pada sesiapa yang baru nak cuba,

tips bila nak buat makanan, baca basmallah, niat untuk bagi orang makan and happy.
insha Allah, makanan tu akan sedap. sebab keikhlasan kita tu yang menjadi senjata kesedapan masakan kita. :)

No comments :