14 December 2012

Random #1

Sapa kata yang jadi anak sulung ni best?

Untuk pengetahuan kalian, in the reality, being the eldest one merupakan perkara yang paling berat sekali because aku anak sulung.
jadi anak sulung ini memikul bebanan macam parents kedua selepas ibu dan ayah kita.

Aku tak bohong, serius aku tak bohong.
yeah, aku tak dapat deny yang anak sulung ni boleh dapat apa yang diorang nak,
semua hajat yang terbuku di kepala otak ni akan tertunai,
nak kereta parents bagi tapi pernah tak korang pikir kenapa parents easily bagi menatang tu kat kami anak sulung ni.sebab tanggungjawab,
means at once parents tu bagi kemudahan kepada anak first cum abang or akak korang tu maksudnya, kami kena fully responsibile terhadap sibling yang lain,

Example:

1. if your parents belikan kereta , it doesnt mean yang kami anak sulung ni boleh guna sukahatijantung dengan kereta tu. maksudnya, kalau adik-adik korang nak ke mana, balik sekolah ke pergi tuisyen ke apa ke koranglah kena jadi driver sepenuh masa neither korang rela ke tak. kalau korang jenis manusia yang takda perasaan mungkin korang akan ignore tapi kalau aku, aku memang malam tu aku tidur tak tenang, rasa nak menangis sebab rasa aku kakak yang useless bila tak bawak diorang unless aku ada benda yang betul2 penting.


  2. selain itu, aku guna broadband au untuk internet aku, tapi memandangkan aku tak guna sangat broadband kat usm ni sebab wifi, so aku tak bayarlah internet, bila balik Kajang, benda pertama yang anje sebut bila masuk bilik aku pepagi buta tu adalah " akak nak laptop " sambil tu geledah satu bilik aku cari laptop. aku yang mamai tu kata lah internet tak bayar. Dengan penuh kasih sayang dia kata pi lah bayar, anje nak guna. aku masa tu rasa asdkjlhhkhkh *dalam hati aku* Sabau je lah aku, dengan semangat gigih aku, aku bangun pi Kajang pi bayar, guna duit aku lak tu. dah lah ibu aku susah payah bagi utk belanja , budak kecik ni sesuka je suruh bayar. tapi aku diam je, sabar.


       3. Naluri seorang kakak terhadap adik dia tinggi au.Contohnya, dedulu, adik aku pernah au jatuh motor. dia balik-balik masa maghrib tu aku tengok tangan dia dah berdarah, luka dia dalam gila. aku tanya dia kenapa, dia buat relax je, bila ayah aku tanya dia kata ada orang langgar dia but masa tu aku rasa dia menipu sebab takut. so aku buat tak tahu menunggu dia cerita sendiri,then tak sampai 5 minit, dia panggil aku suruh tolong dia cuci luka. masa tu lah aku psiko dia, at first dia nak menipu aku tapi akhirnya dia jujur dengan aku. siap dia kata jangan bagitahu ayah especially ibu aku. sebab ibu aku ada satu prinsip au yakni korang nak buat apa buatlah but if something happen jangan cari dia. sebab dia takkan suruh anak dia buat benda bukan-bukan kiranya on own risk lah. tapi dia ingat dia boleh sorok dari ibu, ibu nurse lah kompom tahu luka tu macamana. habis kena bebel sepanjang masa. yang tak boleh jadi, aku sekali terbabit. ish.

         4. adik aku ni tolong member dia berniaga burger, dia balik dalam pukul 12, kalau lepas habis kerja dia nak pi mana-mana, dia akan report kat aku. wajiblah. dia sendiri yang text atau call. kalau aku tak bagi dia tak kan pergi sebab gila apa kalau pape jadi sapa nak back up dia. one day tu, dia ditimpa satu masalah, dia tak bagitahu aku or parents aku, gila tak gelabah aku masa tu cari adik aku. bila aku tahu masalah tu, aku memang marah dia, aku maki dia kaw-kaw, lepas tu aku masuk bila aku menangis seseorang sebab sedih woooo marah adik sendiri. aku ni sensitif sikit marah adik sendiri. serba salah seumur hidup aku tapi aku tak pernah pun tunjuk depan diorang. gila apa kalau diorang tahu akak diorang menangis sebab menyesal marah diorang. 

Selain itu, walaupun aku kat Penang, diorang kat Kajang, masa depan diorang memang 24jam aku pikir sedangkan assignments aku Ya Rabbi berlambak dengan test lagi. Boleh dikatakan apa yang diorang buat aku tentukan, ibu ayah aku hampir lah, mendengar setiap pandangan aku. mungkin kedengaran aku ni Kakak Hitler kan tapi sebenarnya, Aku takut diorang tersalah ambik langkah, Sometimes aku terdengar lah juga adik aku luahkan ketidakpuasan hati diorang *hancur bm aku*. 

Diorang kata " ibu ni sikit-sikit dengar kata akak,semua kakak cakap ibu ikut" aku bila dengar ketawa kot. Selalunya anje lah, kalau dia nak main petang-petang tu, dia akan minta izin kat ibu ak then aku cakap lah "takpayah ibu, dah petang, nak maghrib dah, duk rumah je" si directly ibu aku sokong, so dia mengamuklah. siap hentak-hentak dinding lagi. almaklum anak manja.hahahha. 

Next year, dia Form One, Ya Allah perasaan aku lebih takut dari ibu aku. ikutkan hati aku, if aku kat Kajang ni mahu aku hantar dia pergi balik sekolah. mungkin aku macam kongkong tapi sebenarnya perasaan takut seorang kakak kalau adik dia jadi apa-apa menebal sesangat dalam jiwa aku ni. biarlah dia nak cakap aku kakak yang kuno ke apa ke as long dia tak terlibat benda bukan sebab nowadays, budak sekolah rendah sendiri dah terlibat dengan benda bukan-bukan kan. 

Selain itu, kalau abang/kakak korang larang korang kawan dengan somebody tu janganlah korang marah. sebab mereka ada alasan kukuh kenapa buat macam tu, mereka nak lindung korang actually. tu yang aku buat kat adik-adik aku, setiap kawan diorang aku perhatikan, bila aku rasa theres something wrong with kawan dia, aku kalau boleh aku larang, Alhamdullilah diorang ikut.

So, for those yang kata abang kakak korang ni teruklah apalah, better korang muhasabah balik, Diorang buat sebab apa, sebab tanggungjawab yang besar terhadap korang. Korang tahu tak entah-entah diorang menangis kalau korang dalam kesusahan.

okaylah , kbai!

No comments :