sebenarnya pada 4hb mei lepas (selasa)
atuk aku pergi meninggalkan alam nyata ini.
atok pergi pada pukul 6 petang diiringi dengan hujan lebat.
aku tak sangka hujan pada petang itu akan memberi seribu peristiwa pada keluarga aku.
atok meninggal akibat paru-paru berair dan beberapa sakit lain.
pemergiannya amat terasa sebab kitorang tak sangka yang beliau akan pergi secara mendadak.
petang sebelum itu, aku, ibu dan ayah dalam perjalnan pulang dari KL.
then kami directly pergi ambil adik aku yang bersekola agama.
selepas itu, kmai terus balik rumah.semasa aku tengah makan setelah kebulur satu hari.
aku mendapat panggilan daripada adik aku,
dia menyuruh kami datang ke rumah nenek dengan segera.
masa tu aku tak terdetik apa apa pn.
cuma aku fikir maybe atok sakit kot.
bila aku sampai,
aku nampak abah tengah kesat matanya.aku tengok ramai depan rumah nenek.
aku pelik.
bila aku masuk je.
aku nampak atuk aku dah terbaring dengan berselimut.
aku lihat nenek aku menangis.
aku terkejut sangat.
Ya Allah masa tu aku tak pikir pape pun aku rasa macam mimpi.
masa kau lihat jenazah beliau, aku tak rasa pun atuk dah takder tapi aku rasa atuk tgh tidur..
Ya Allah ..
mengucap aku menahan sedih.
walaupun dia atuk tiri tapi aku dah anggap macam atuk kandung.
bila aku buka mata di muka bumi Allah ini. dia lah atuk aku yang aku kenal.
aku kesian tengok nenek aku.
seolah-olah tak dapat menerima hakikat yang atok dah takder.
sampai satu tahap aku tengok nenek berbaring sebelah arwah setelah penat bernangis.
first time dalam hidup kau, aku tak takut tengok mayat.
ikutkan sebelum ini,
aku takut bila nampak mayat.
tapi tahlah bila aku tengokjenazah arwah.
aku tak rasa pape.
aku cuma terdiam sahaja.
bila pergi masjid untuk kafankan and sembahyangkan atuk.
aku tak takut.
ketakutan aku terhadap mayat hilang.
sehingga aku nak ikut pergi kubur utk kebumikan arwah.pada mulanya ibu aku tak bagi sebab aku lemah semangat tapi aku nak juga.
aku kena kuatkan diri aku.
semoga atuk tenang di alam sana.
orang sayang atuk
Al-Fatihah..
No comments :
Post a Comment