kalau sebelum ni aku tahu yang Johor je yang hujan non-stop tu pun aku tahu dari yunus, dia kata sampai banjir kat sana, tup-tup sini pun hujan nasib baik baru dua hari... tapi sumpah dohh sejuk gila.. malam tadi pun aku dah berstokin terasa sejuk lagi sampai aku masukkan kaki aku kat dalam sarung bantal aku lagi then aku selimut lagi. peh memang sejuk gila.. aku tak leh nak merungut-merungut sebab hujan tu rahmat, tapi tipulah lau dalam hati aku tak merungut sikit. haha . nasib baik asthma aku tak datang, kalau tak punggah hidup aku.
pagi ni, hujan dah stop, cuma yg tinggal hnya renyai-renyai yang membasahi Bumi Allah ni, tapi tu dah mampu buat aku kesejukkan tahap max.
kalau kat kampung aku ni, hujan macam ni rasanya mahu aku jadi iceberg, sebab kalau hari biasa pun paginya dah mampu buat aku merengkot jadi udang hangus apa lagi masa hujan ni mahu jadi ulat gonggok aku dibuatnya, mahu berlapis-lapis selimut aku ni, hahah, member aku ajak keluar tapi aku guna alasan malas sebab hujan, ahha alasan apa tah yang kau bagi lah Dora oii! hah ko kuar pun naik kereta kau! takkan kereta kau takder bumbung haha.. takderlah, aku malaslah nak keluar.. dahlah tgah pokai kerana cuti, no income maaa.. nanti duit aku pun macam hujan. haha
tiba-tiba aku teringat lagu Arwah Sudirman Arshad ke sapa.. yang lirik dia macam ni "hujan yang turun bagaikan mutiara..." ahaha aku tak ingat sangatlah tapi yang pasti lagu i yang selalu berlegar-legar di bibir aku ni, ahah asal aku ni jiwang sangat! haha
satu kerahmatan kepada kita semua |
tpi yang pasti hujan tu rahmat..tengok negara-negara yang kadar hujan rendah setiap tahun sperti di Afrika dsb..
Gunung Sahara |
okaylah, adik aku dah bising suruh masak, dia nak pergi sekolah.. hurmmmn nak masak apa erk...
okaylah thanks for reading :D
take care
No comments :
Post a Comment