28 January 2011

Exhausted!

update blog.. huish nak update tapi terasa malas yang teramat sangat, dari hari tu nak update, last dengan gagahnya aku kuatkan jari-jemari ini untuk menaip.. peh minggu ni memang busy gile sampai aku rasa penat tahap yang terlampau, sampikan aku pernah nak terlelap masa drive nak pergi sekolah,

semalam aku ada kursus pengawas dari pukul 7.30 pagi sampailah 4 petang.. peh mana tak penatnya.. macam akiviti kot.. tapi mostly ceramahlah, at first ceramahnya agak boring sampai aku nak tertidur dah.. tapi bila lepas zohor kursus tu menjadi best. ada 1 part ni au, kitorang kena buat topi yang tak pernah dibuat , tapi  syaratnya topi ti kna buat daripada bahan terbuang, puaslah aku memerah otak aku yang tak creative ni.

atlast! siap gak topinya, tapi sorry topi tu aku tak sempat tangkap pic tu kerana terlalu menarik untuk dilihat, hahahahaha then lepas dah siap tu aku ingat akan berakhir di situ but i'm wrong! haha penceramah tu telah menyuruh kami membuat sesuatu yang amat memalukan iaitu kami dikehendaki memakai topi itu dan kami kena pusing satu sekolah and for you information! masa tu belum pukul 1 petang means budak sesi pagi tak balik lagi dan masa tu juga budak sesi petang datang. can u imagine it! ohh my gosh! seriusly, aku rasa nak menjerit je time tu. sebab malu sangat.. korang bayang kan dengan pakai topi tu korang jalan satu sekolah, then korang akan lalu kelas-kelas.. korang akan jumpa budak yang korang pernah marah sebab buat kesalahan, silap hari bulan mahu kna ejek, ada yang gelak, ada lak yang tercengang-cengang, ada yang rakam! rasa nak terjun bangunan je haha

pehh memang malu kot.. rasa nak nangis je.. tapi aku tabahkan hati ini, anggap semua ini dugaan dalam menjalankan tanggungjawab aku as a prefect.. dan aku berjaya melepasinya dengan bagus :D

selepas itu kami dihendaki menjaga satu amanah iaitu kami dikehendaki meletakkan belon di atas kerusi dan kami kena pegang kerusi tu ramai-rami. kalau tak silap aku that time kitorang around 6 or 7 peeps.. korang bayangkan, semua kena alert tentang belon tu supya takkan jatuh then kami akan diikat dengan benang yg mengeliling kami.. bayangkanlah benang sehalus gajah tu ikat kami.. peh memang sengsara nak mampus! rasa macam terseksa gila cause nak kena berkepit keliling kerusi itu sambil memerhatikan belon itu.. nak putus nafas aku ni.. kena pusing satu blok, turun tangga, naik tangga.. haha dengan bsingnya. mana taknya belakang kami group  Fath and the geng.. kami merupakan dua group yang terakhir kot...masa tu aku rasa nak pecah dada aku, tapi usaha gak..

Finally kami sampai ke Dewan . Bila sampai je, diorang semua nyanyi lagu tentera. khas untuk kami.. haha aku pun ngan elda pun join sekaki menjerit menyanyi.kerana kedatangan kami diiringi lagu. fun gila kot, penatnya tak terkira.. bila dah duduk tu leganya yang teramat.. rasa nak melompat je.. hahah

we was tied up by a string, can't moving at all
:D 
masa ni baru sampai lepas bergelumang dan menjadi lesbian kerana belon yang bengong tu.. hah kepenatan kot..bila balik rumah je.. solat2 makn2 then terus jadi superwoman atas katil.. hah tidur pukul 9 then set alarm pukul 5 but bangun kul 6 mahu kabut aku dibuatnya.. semua ni angkara kursus tu.. sampai pagi tadi baca yassin pun aku tersengguk sengguk menahan ngantuk..bila salam dengan cikgu, cikgu puji cause memberikan senyuman yang cukup indah padahal cikgu tak tahu tersengih cause menahan ngantuk yang terlampau.. hahha pastu tadi petang ada latihan kawad pukul 230 petang till 330 ptg, then balik, singgah metro cause mia ajak tebus cool blog,mulanya aku agak keberatan sebab penat dah menyelubungi badan tapi bila aku mengenangkan ice blended tu aku menjadi kuat untuk mengharungi jalan ke Metro tu dengan satu iltizam.. haha ChocoBlog satu! then kami beli buah and macam-macam lah.. niat 1 je tapi bila sampai macam-macam ada :D. hantar fath balik Cheras then hantar Elda balik Sg. Merab. sampai rumah pukul 5. sumpah tak tipu penat yang terlampau.. klau dapat tukang urut tu alangkah best :(

dahlah penatlah nak reha, thanks for reading :D

No comments :