awak saya nak awak tahu yang saya akan cuba menyayangi awak sepenuhnya.
saya tahu sejak kebelakangan ni kita selalu gaduh ,bukan kebelakangan ni saja
sejak hari pertama kita bersama, kita dah gaduh.. awak dengan kita mempunyai perangai
yang sama iaitu kita sama-sama baran tapi kita tak anggap itu sebagai penghalang,
awak selalu kata yang awak akan bersama dengan saya tak kira apa pun,
saya gembira bila dengar awak kata macam tu, saya tahu yang awak memang ikhlas dengan kita
tapi kita takut kalau kita tak mampu jadi yang terbaik untuk awak,
kita takut awak cepat bosan dengan perangai kita yang tak betul ni, tapi awak tahan je,
sebab tu lah saya buka kan hati saya untuk awak.. wlpn masa kita bersama dulu,
awak tahu hati saya milik orang lain tapi awak sabar dalm memenangi hati saya,
awak jaga saya dengan sempurna..kalau boleh awak tak nak saya susah wlpn sikit,
awak paling takut kalau saya jalan sorang-sorang sedangkan awak tahu saya
seorang yang berdikari tapi awak tetap temankan saya..
Awak..
saya ingat lagi,
masa tu saya nak pergi Jalan Tun Sambathan,
saya cakap dengan awak yang pukul 11 kita jumpa kt KL,
tapi bila awak dengar saya nak pergi sana naik train,
awak terus kata nak temankan saya, padahal awak kena pusing jauh..
masa tu awak tanya saya pukul berapa saya turun sana,
saya kata pukul 9 lebih camtu.. awak kata okay.
rupa-rupanya awak dah tunggu saya kat sana awal-awal pagi kan..
pukul 9 awak dah sampa padahal masa tu saya baru nak keluar rumah,
saya sampai lambat sebab saya naik train,
saya malas nak drive kereta..
saya sampai sana dalam pukul 10 lebih,
Awak..
1 jam lebih awak tggu saya macam orang bengong kat situ..
saya ingat time tu awak bising saya lambat..
tapi saya buat bodoh je..
malah,
bila saya sampai je ,
awak paksa saya minum air ice lemon tea,
awak tahu tu air fav saya,
saya tak nak minum lagi time tu,
tapi awak paksa gak,
awak takut saya penat..
yeah saya mengaku saya penat tapi bila saya pandang awak,
semua penat tu hilang.. :)
awak temankan saya pergi ambil barang..
Tapi..
masa jalan, saya tengok awak jalan terhenjut-henjut..
bila saya tanya awak kenapa?
awak cakap takder pape..
tapi saya tahu masa tu awak tipu saya..
awak tak nak saya risau.. tapi saya tahu awak sakit kaki..
awak tahan je demi saya, awak tak nak saya jalan sorang-sorang..
bila saya suruh awak rehat,
awak degil,
awak tak nak..
awak nak gak temankan saya .
walaupun kaki awak sakit sangat time tu..
Awak.. nak thu tak masa tu air mata saya dah nak menitik cause saya sedih..
saya penyebab kaki awak sakit..
tapi saya tahan je cause saya tak nak awak serba salah
maafkan saya wak..
sebab selalu menyusahkan awak..
awak tak nah pun merungut..
Awak.. saya ingat lagi.. kalau saya nak pergi mana-mana mesti awak ikot saya kan,,
awak.. ingat tak masa saya teringin makan aiskrim?
pada mulanya, awak tak nak bagi sbb saya sakit tapi,
awak bagi gak sbb awak tak nak tgk saya sedih.
malah, awak sanggup makan aiskrim,
padahal saya tahu yg awak tak suka makan aiskrim tapi..
awak telan gak sbb awak tak nak saya makan sorang-sorang.
awak buat semua ni sebab awak nak jaga hati saya kan..
saya rasa terharu sangat wak..
awak snggup buat apa je utk saya..
tapi saya tahu awak tak mampu nk telan aiskrim tu,so
saya ambil balik and saya makn sorang-sorang,
saya ingt lagi masa tu awak gelak sbb saya makan aiskrim gelojoh..
tapi saya tak kisah pun..
Awak.. saya nak awak tahu yang saya akan sentiasa simpan awak lam hati saya..
saya takkan biarkan sejarah berulang semula..
saya akan simpan siap kunci mangga agi lam hati saya..
awak jangan pergi dari hidup kita okay :)
saya sayang awak |
No comments :
Post a Comment