menghabiskan sisa pagi 2010 ni ngan menggemukkan badan, aku bangun awal sebab nak menghayati pagi-pagi yang terakhir 2010. sobsob.. sedih je doh nak tinggalkan 2010 tapi tak boleh buat apa sebab masa akan sentiasa pergi.nak tangkap tak boleh, nak pelihara lagilah tak boleh. so kena redha. 2010 mempunyai pelbagai kenangan. Kenangan terindah dan kenangan terhancuss..
Kenangan yang TERINDAH
- Doa aku dimakbulkan oleh Allah, apabila Allah menemukan semula insan yang selama ni aku cari.walaupun dalam situasi yang tak sesuai tapi aku bersyukur sangat apabila aku tengok dia pun dah banyak berubah ke arah yang lebih baik.
- aku bersyukur bila Allah mengizinkan perkenalan aku dengan yunus untuk menjadi seperti sekarang ini. Walaupun kami mempunyai perbezaan yang ketara tapi aku tahu mesti ada hikmahnya..
- Persahabatan aku dengan kawan-kawan aku masih lagi berkekalan walaupun ada di antara mereka yang belajar jauh dari Selangor.
- Bila aku dapat kereta... ^___^
- dan yang paling penting bila aku membuat keluarga aku tersenyum ...
Kenangan yang Hancuss
- hurmm bila aku kehilangan insan yang aku pernah sayang dan yang paling aku terkilan aku tak sempat nak minta maaf dengan mereka. mereka pergi dalam sekelip mata..aku memerlukan masa yang lama untuk menerima hakikat yang mereka sudah tiada.. 17 Jun 201, 7 pagi.
- kawan aku makin jauh dengan aku..
- bila pointer aku tidak seperti yang ibu aku iinginkan!!
- Bila sesorang yang selama ni, aku berikan madu tapi dibalas dengan tuba! Malah menuduh aku yang balas tuba tu! pleasseee...
p/s: tak semua kenangan terindah dan hancuss aku tulis kat sini sebab yang selebih tu biarlah aku sahaja yang mengetahuinya.....
Aku harap 2011 akan memberi seribu pengertian dan kejayaan dalam hidup aku...
Setiap kesilapan yang kita lakukan tapi kita tak pernah berasa untukk kesalinya,
Maka kesilapan itu akan kita ulangi pada masa-masa yang akan datang..
So, kesalilah setiap kesilapan kita dan cubalah untuk menghindari daripada melakukannya okay
So, kesalilah setiap kesilapan kita dan cubalah untuk menghindari daripada melakukannya okay
^__^
Happy New Year!
No comments :
Post a Comment