20 January 2011

keistimewaan mereka

setiap pagi, aku ditugaskan untuk menjaga gate sekolah. macam-macam karenah aku jumpa, ada yang kerek nak mampos,ada tu yang suka tersenyum je dan ada gak yang yang berjalan macam mak cik limah nak pergi kedai , dorang macam jalan kat atas red carpet lak aku tengok, padahal loceng dah lama bunyi, berbulu gaklah aku tengok dorang ni.. 
tapi lama kelamaan aku tengok makin kurang budak datang lewat.. ( biasalah pengawas berdedikasikan) hahha..tapi sebenarnya, ni takder kena mengena dengan apa yang aku nak ceritakan ni, aku nk cakap pasal pelajar pendidikan khas.
                                    Kebesaran Allah
sumber:Google

dulu, aku takut bila dekat dengan pelajar istimewa ni, mind aku msti kata yang mereka luar kawalan, tapi bila aku masuk sekolah tu, banyak benda yang aku belajar tentang mereka, mereka tidaklah selemahnya kita sangka, 
mereka semua berdikari walaupun ada sesetengah tu yang agak kemanjaan tapi aku paling suka tengok gelagat mereka bila masuk sekolah. mereka melangkah masuk dengan senyuman, gelagat yang lucu. sampai aku rasa mereka ni cukup comel di mata aku.. antara gelagat mereka kan:
  • ada tu yang tak nak turun dari motor sampai ibunya terpaksa goyangkan motor, hahah . 
  • ada yang merungut bila parents bagi duit belanja sikit,cara mereka nak mintak duit lebih ialah dengan memasukkan duit tu balik ke dalam poket baju ayah mereka, ahah nanti ayah mereka bagilah extra.
  • ada yang tak zip seluar, bila cikgu suruh zip, dia buka balik, dia kata sejuk, haha korang faham2kanlah..
  • ada tu yang memang hyper gila, nampak orang je nak pelok, hah kalau part ni aku surrender,aku takot..mereka memang cukup penyayang.
  • ada yang datang je terus pergi kat cikgu,cium cikgulah apa lah..
mcam-macam karenah mereka kan, banyak yang aku belajar dari mereka, erti kasih sayang, tapi aku sedih tengok keadaan mereka, bagaimana mereka nak teruskan kehidupan ni kalau masyarakat masih memandang rendah padahal mereka juga insan yang yang memerlukan kesempurnaan seperti kita yang semprna ini.
bila aku melihat mereka je, hati aku tersentuh, aku bersyukur sangat Allah ciptakan aku dengan kesempurnaan akal dan anggota badan, cuma aku perlu sempurnakan lagi sikap aku .. golongan ini tabah walaupun terdapat suara sumbang yang memandang hina terhadap mereka, pengajaran yang paling aku belajar ialah adik-adik pendidikan khas ni boleh dikatakan berasal dari keluarga yang kaya-raya, mana tak nyer kereta nak stock honda hybrid lah,alphard lah... Allah bagi keluarga mereka kesempurnaan dunia iaitu ksempuraan harta tapi Allah kurangkan mereka dengan kesempurnaan anak, Setiap kesempurnaan atau keindahan yang Allah berikan itu pasti ada satu cacat celanya kerana setiap manusia ini tidak dilahirkan dalam keadaan sempurna. cuma kita sahaja yang terlalu taksub akan kesempurnaan.Bila kesempurnaan itu kita tidak perolehi maka kita akan kecewa, oleh itu, bersederhanalah dalam kehidupan ini..

No comments :