12 March 2013

bila semua hampir terbongkar

Assalamualaikum ! (senyum tunjuk gigi)

tadi aku lepas habis tutorial statistik, sambil menunggu bas di selangi dengan keperitan menahan panas Penang ni, Cuaca kat Penang panas oi. Ya Rabb! memang panas, kalau pakai selipar tu.
kau orang boleh rasa yang kaki korang sedang di-bbq-kan. 
ini baru panas dunia belum panas akhirat. *geleng kepala*

call ibu tadi kiranya nak ambik semangat baliklah selepas mengharungi kepanasan dunia ni.
padahal malam tadi mimpikan ibu. alasan je lebih,

then bermula sesi jejak kasih + sesi mengadu tahap kronik.

dari A till the end aku cerita kat ibu.
dari hal borang pendaftaran, pakcik kedai makan yang tak reti jaga kebersihan,

semua bendalah aku cerita kat dia.
Akhirnya, sampailah satu topik ini di mana aku paling takut kalau terbongkar..

deng deng deng deng deng deng deng *goncang katil*

adik aku yang last yang paling gedik yang paling manja yang paling aku rasa nak sepak iaitu anje.
dia ni sekolah kat sekolah menengah lama aku yakni SMKJB, 
aku pun dah bingung tahap kambing kenapa dia nak sekolah tu.
tapi dia insists juga nak sekolah tu.
so sebagai seorang kakak yang mempunyai hati yang baik walaupun digelar diktator oleh anje,
aku pasrah.
so dulu masa daftarkan dia kat sekolah tu, 

aku ada bagi amaran KERAS kat gemuk ni yang berbunyi seperti ini :
"anje, kalau ada cikgu tanya anje ada kakak, anje jangan bagitahu tau yg anje adik akak"
maka anje yang seorang yang terpaksa mematuhi arahan kakaknya yang seorang diktator ini hanya mampu mengangguk. *kan aku kata aku kakak yang baik*

namun pada harini, semuanya semakin samar-samar amaran aku sebab ibu cakap anje dah bocorkan rahsia tu.
ibu cakap ada seorang cikgu ni nama dia cikgu saliha, anje cakap dia pernah ajar aku masa form 2. 
setahu aku, cikgu saleha yang penolong kanan tu je, dia mana pernah ajar aku.

tak tahulah kalau aku anak murid lupa daratan kan.
cikgu tu tanya anje yang dia ada kakak tak, anje pulak selamba banana je cakap ada.
bila anje cakap sapa kakak dia , terus terkeluar ayat keramat cikgu tu iaitu :

"ohh, awak ni adik Dora lah ae, tapi kan kenapa awak dengan kakak awak lain erk? kakak awak tomboy sikit tapi awak jenis baik je, manis je"

see, cikgu tu cakap aku tomboy! boleh menangis weh aku bila dengar.
bila masa aku tomboy masa form 2. aku baik je depan cikgu. 
belakang cikgu je aku baragas.nak jahat depan cikgu tak baik kang dia report ibu mati aku.

ala cikgu tu sesuka kata anje manislah baik lah, kalaulah cikgu tahu perangai dia kat rumah. ish. 

yelah aku mengaku yang aku ni kasar sikit compare dengan anje. thats why aku dipanggil kakak diktator.semua arahan aku mesti di ikut.

then ibu cakap ada cikgu lain yang tanya soalan yang sama iaitu cikgu Akmal. inilah cikgu dalam SMKJB yang aku suruh anje elakkan sekali bertembung sebab aku bukan apa cikgu akmal aka along ni kuat membahan.
so sebagai kakak yang baik aku hanya melindung dia.

padahal nak lindung segala rahsia aku kat skolah. haha
cikgu akmal ajar anje PJ, dia pi tanya soalan yang sama.

mulanya gemuk ni taknak jawab , mungkin dia teringat amaran keras aku tu namun ,
adalah kawan dia yang "tersangat prihatin, baik" bagitahu dia adik sapa. 
kalaulah aku tahu sapa kawan dia tu aku humban kat sungai langat tu.
tapi nasib baik anje ni pandai cover line. dia kata lah bukan Dora yang tu ni Dora yang lain.


hahha anje ni bagi jawapan tak masuk akal.
sebab masa batch aku tu mana ada nama Dora lagi kecuali aku. hahha

exact, aku bukan tak suka orang kat sekolah tu sapa adik aku, bukan nak kata aku famous, mafia tahap baragas.
tapi aku pikir keselesaan anje. 

aku taknak setiap apa yang anje lakukan kat sekolah tu cikgu akan comparekan dengan aku. 
contohnya aku banyak cakap, anje memang tak lah kan.
aku seorang yang straight forward even dengan cikgu, tapi anje tak.dia jenis penyimpan.

perangai aku dengan anje memang berbeza.
tapi ibu ada pesan kat anje kalau next time cikgu tanya atau perbezaan kami,
ibu suruh anje cakap yang aku memang ibu latih dari kecil untuk jadi seorang yang independent sebab aku ini anak sulung. 

ada 3 manusia lagi yang bawah aku.
mungkin disebabkan sifat berdikari tu aku dipandang as kasar, degil, hati kering.
aku dah diajar untuk pertahankan diri aku sekiranya aku benar.
tapi anje pulak dia merupakan anak bongsu, kitorang adik beradik panggil dia anak lipan. 
sebab lepas ibu kena gigit lipan kat kampung baru tahu ibu pregnantkan anje.
hahhaahah (jahat gila) tapi anje ni satu je perangai dia.. kuat memberontak.

perh memang tak payah cerita, dia pemberontak tegar.
kalau disuruh sikit mula tak cukup lantai nak hentak thats why aku suruh dia masuk kawad.
haha tapi kalau dia memberontak, aku tegur je dia terus buat sambil menangis, hahah
diktator tak diktator aku.


see dia suka buat muka kalau tangkap gambar dgn aku, nampak sangat tak ikhlas

aku tak ajar dia kuat perasan depan webcam ae. ni mesti dia sesorang kat rumah

budak yang bakal menginjak ke usia 13 tahun pada bulan 6 ni

masa ni masih skema lagi.

see muka kmi lain kan. ramai tegur, hahahha
dia ni sekarang jangan memain, bila dah form 1 ni .
perh makin stress aku dibuatnya senah oi.
mana taknya habis baju aku dalam almari dia pakai.

tapi satu je perangai dia yang tak berubah kalau aku tanya apa berlaku kat sekolah dia terus cerita dari apa yang aku tak patut sehingga aku rasa benda tu dia dah bocorkan.
hahha,

okaylah aku mahu buat statistik tadi aku tak hantar assignment tutor. 
buat muka innocent bila Dr. Zahari tanya assignment haha.

p/s : aku harap sangat gemuk tak baca entry aku ni, kalau tak mati aku kena pukul dengan dia 

No comments :