18 February 2013

why should i have this feelings.

hari ini hari pertama untuk semester kedua .
aku tak tahulah kenapa dengan diri aku ni.
orang lain masuk semester kedua akan rasa excited tapi aku?
stress, lost, down, keyakinan diri aku kurang.
aku tak tahu kenapa dengan diri aku ni.
 
aku mcm hilang diri aku.
sometimes aku menangis sebab dah tak tahu nak buat macamana supaya semangat datang balik.
kekadang aku terpikir kenapa aku macam ni.
mana impian aku?
mana cita-cita aku?
mana perginya semangat aku nak happykan parents aku?
mana Dora yang suka sakat orang?
mana Dora yang suka bercakap?

since aku masuk USM semua tu tu hilang.
aku ingatkan ia cuma masalah budak semester 1.
tapi nak masuk semester 2 aku masih rasa macam ni.
aku mula goyah dengan keputusan yang aku buat.
pernah satu tahap tu aku rasa nak quit je.
tapi aku tahu tu hasutan syaitan.
bila rasa itu ada dalam hati aku.
aku akan cepat-cepat ingat Allah, ingat ibu ayah.

perasaan yang aku rasa sekarang ni satu perasaan yang kecewa yang teramat sangat.
mungkin disebabkan pointer aku tak mencapai target aku.
namun aku positifkan diri dengan alasan ini adalah pengenalan kepada aku untuk bersabar.
seperkara lagi yang membuatkan aku down lagi bila handphone aku rosak. 
masa kat Kajang elok je. once sampai Penang petang jumaat kelmarin handphone aku terus problem.
semua no contact hilang, nasib baik ada handphone lagi satu,
yang buat aku ralat ialah semua contact yang penting, jadual,semua yang penting aku takleh copy.
masa ttu aku rasa nak menangis. tapi ni dugaan aku yang pertama utk semester kedua ni.

kemudian aku rasa was-was dengan major aku sekarang. 
Ya Allah kenapa aku mesti rasa benda ni.
aku risau tak boleh bawak

tapi aku harap sangat apa yang aku rasa ni utk sementara sahaja. 
Semoga Allah permudahkan hidup aku di USM ni.
Amin.

No comments :