18 December 2012

Bila stress aku buat ini.

Assalamualaikum,

Bila stress menyelubungi otak ni, 
tangan aku akan mula meliuk-liuk mencari something untuk buat otak aku segar.
otak aku akan segar bila mata aku disajikan dengan makanan,
namun apakah daya,

kehidupan yang jauh dari rumah ni membantutkan hasrat aku untuk menjahanamkan, memusnahkan, melingkupkan, mehanguskan dapur Pn. Rohanah, apa yang me... lagi tu.

So untuk mengaburi sanubari aku ni, maka aku dengan berbesar hatinya membuka blog masakan.
"sambil menyelam minum air"
hah! tu lah pepatah yang sesuai dengan aktiviti tambahan aku ini.
di mana aku boleh memenuhi nafsu makan aku melalui gambar-gambar makanan yang superb menggiurkan tu sehingga meleleh air liur mengidam aku.
dengan belajar buat resepi baru.
bijak tak aku?
kuakuakuakua * --__--"

selalunya aku akan mencuci mata kat blog KongsiResepi ini. perghh memang menggugat kesabaran aku.
lebih-lebih lagi bila waktu malam bila perut mula nak minta penampar.







sumber : google

semua gambar ini aku ambik kat google. mengundang betullah memalam post gambar makanan especially lamb chop. 

aku ini pun dah sampai beberapa kali telan air liur.

Sabar dora, kau balik rumah nanti kau lenjan semua ni ae. 
 okaylah,selamat menelan air liur.hahahhaha

kbai!

No comments :