11 May 2012

Memberi lebih mulia dari yang menerima

Assalamualaikum.


Hari ini, nak bincang pasal satu topik ni, quite serius jugalah. its about Pendermaan Organ see, aku siap bold lagi kan =) Mungkin topik ini agak keterlaluan. tapi aku nak juga share dengan korang. sharing is caring right? 


Mungkin pada pendapat korang or mungkin segelintir daripada masyarakat tentang pendermaan organ ini agak scary gilaa. mungkin ada yang pihak ini satu kerja yang tak masuk akal.aku cakap ini berdasarkan pengalaman aku okay sebab aku pernah bertanyalah kepada hamba-hamba Allah ini pendapat mereka tentang isu ni, jawapan diorang " hah?! derma organ? taknak aku, kesian mayat aku tersiksa" " ish mana boleh berdosa" " kau gila apa! nanti tak sempurna jenazah kau" . 


sebenarnya pengetahuan kita tentang isu ini masih lagi samar-samar. sedangkan pernah tak kita terpikir andai satu hari nanti kalau orang yang kita sayang memerlukan penderma organ bagi meneruskan hidup dia? hal ini aku pernah lalui masa zaman aku kanak-kanak lagi. Masa dulu, aku sering keluar masuk ward sebab-sebab tertentu, satu hari itu, sebelah katil aku ada seorang budak ini, dia menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, oleh itu, dia perlukan penderma, 3 tahun dia tunggu, tapi masih takda, satu hari itu, dia meninggal dunia sbb buah pinggang dah rosak sepenuhnya.masa tulah aku berazam yang aku nak menolong org seperti dia.Akhirnya, pada awal 2010 di mana umur aku genap 18 tahun, aku mendaftar as penderma organ. wlpn tak mendapat keizinan dpda ibu aku pada awalnya tapi ibu aku redha dengan keputusan aku ini. 


Cuba kita lihat wajah-wajah mereka yang ingin teruskan hidup padahal mereka cuma memerlukan ihsan dari kita untuk menderma organ, kita bertuah sebab dilahirkan sihat tapi itu pun masih ada yang merungut tetapi mereka masih tersenyum walaupun mereka tersiksa





Dari Perspektif Islam


pendermaan organ ini diharuskan sekiranya tiada lagi alternatif utk menyelamatkan nyawa pesakit dan tidak memudaratkan nyawa si pesakit atau si penderma oragan ( sekiranya masih hidup ). Islam agama yang indah yang tidak akan menyiksa umat-umatnya, tambahan pula terdapat beberapa fatwa yang sempat aku ambil di Pusat Sumber Tansplan Nasional . 



Fatwa-fatwa di Malaysia Berkaitan Pendermaan Organ

1965Fatwa negeri Perlis mengharuskan pemindahan kornea daripada orang yang telah meninggal dunia
1970Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik kepada penderma hidup
1989Majlis Fatwa Kebangsaan menerima diagnosis mati otak sebagai diagnosis untuk kematian
1995Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaan graf tisu untuk merawat pesakit
1997Fatwa negeri Sarawak mengharuskan pemindahan ginjal daripada penderma hidup dan penderma yang telah meninggal dunia



Selain itu, bila kita sanggup menderma organ, bukan sahaja kita menyelamatkan nyawa mereka tetapi kita memberi kasih sayang pada mereka


“Tidaklah sempurna iman sesiapa dari kalanganmu, sehingga dia mengasihi untuk saudaranya, apa yang ia kasih untuk dirinya sendiri” 


(Hadith Muslim)

Mungkin ada yang akan cakap, jenazah tak sempurna semua, menyiksa mayat tapi pernah ke kita terpikir bahawa Allah itu Maha Mengasihani , Allah akan mengurangkan kesakitan yang kita tanggung sekiranya niat kita ikhlas untuk membantu mereka yang memerlukan.jangan kita cepat mengalah hanya selepas mendengar beberapa kritikan, andai kata niat itu ada, teruskan dengan ikhlas and ingat Allah itu sentiasa.mungkin amalan kita tak sehebat mana tapi sekurang-kurangnya menderma itu boleh membantu kita di akhirat kelak.


Apabila kita nak menderma organ, semestinya organ-organ kita seperti jantung, hati dan semua tu dalam keadaan yang sihat kan? so secara langsung kita akan menjaga kesihatan kita supaya dapat menderma organ, aku tak ada niat nak promosi atau menunjuk-nunjuk tapi niat aku ikhlas sebab aku nak bukakan minda masyarakat kita dan buangkan perspektif yang buruk tentang pendermaas 
organ oky :)


kita boleh menderma organ ini selepas kita meninggal dunia, tak semestinya semasa hidup dan aku memilih menderma selepas meninggal dan aku harap hajat aku ini akan terlaksana. 


oleh itu, aku menyeru dari lubuk hati aku, supaya kalian dapat berfikir secara waras. 
"kita tidak membunuh diri andai kata kita menderma organ " tapi kita akan menabung untuk bekalan di Akhirat :)





untuk mendaftar atau nak tahu lebih lagi, korang boleh pergi ke laman web ini Pusat Transplan Nasional . 


Insya-Allah, ini bukan satu perbuatan yang sia-sia malah perbuatan yang sungguh mulia . 
thanks sebab baca entry yang cukup berjela ini, and sorry sebab aku serius sgt,haha.
niat aku ikhlas untuk memberitahu.
Assalamualaikum

No comments :