mungkin titlle entry aku kali ini agak poyo sikit tapi ni persoalan yang aku nak sangat tahu.
Kenapa setiap kali seseorang itu nak berubah ke arah yang lebih baik, ada je mulutmulut yang mengutuk?
kenapa erk?
contohnya:
situasi 1:
Si A nak bertudung, so dia tanya pada si B, yang si B ni lak terus jawab " eh hodohlah muka kau bila pakai tudung, kau tak sesuai lah pakai tudung lagipun watpe kau nak pakai tudung, nnti2 je lah. bila kau pakai tudung, aku taknak lepak dengan kau, nnti aku kna ceramah dg ustazah lak!" So si A pn rasa down yg tahap keramat so dia pn postpone nawaitu dia.
so cuba korang phatikan,kalau aku lah jadi mmber si A dan B tu, mahu aku hentak kepala si B tu kat mesin parut kelapa tu sikit, betapa rendahnya pemikiran dia, sebab dia si A rasa terpengaruh.kalau kawan aku cmtu, aku picitpicit kepala dia.
situasi 2 :
ni pengalaman aku sdri aku.ada sorang mmber aku ni, dah lama aku tak jumpa dia, she's quite social gaklah kan. kitorang tesrmpak kat Cheras,that time aku on the way nak g bayar bil. dia yang tgur aku.dia tkejut tgk aku pki tudung, dia g tanya knapa aku pkai tudung, aku just cakap, nak berubah ke arah yang lebih baik. ttpi respon dia buat muka annying dia tu siap kata ' u nak mati dah ke?' okay thats too much tpi aku msh blh tsnyum lagi. aku just kata ' takkan nak tggu nyawa dah smpi kerongkong baru nak bertaubat?' then she was speechless and terus blah. aku hnya terdiam and bharap Allah bukakan hati dia.
aku ada memetik mengambil dari google tentang hadis Nabi SAW :
1. hadis Rasullah SAW :
"Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah."
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa'i)
2. dari surah anfal
"Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia".
surah al-Anfal ayat 74
berdasarkan potongan ayat ni menunjukkan penghijrahan ataupun perubahan ke arah yang lebih baik itu dituntut dalam islam.kenapa kita hendak menghalang rakan-rakan kita dari berubah ke arah kebaikan, kita kena ingat, sesungguh hanya syaitan sahaja yang menghalang manusia untuk berubah ke arah yang benar so kalau ada diantara kita yang menghalang ataupun merendah2kan nawaitu mereka maka tak sama ke dengan syaitan yang sudah semestinya Allah jnjikan Neraka tempatnya ?
so, kita kena lah memberi support kepada mereka. :)
Assalamualaikum :)
No comments :
Post a Comment