22 April 2011

Sekolah agama

sekolah agama?
tiba-tiba aku terasa nak tulis entry ni sebab aku rindu kenangan sekolah agama dulu.
ni semua gara-gara adik aku lah ni (anje). 
tengah hari tadi aku hantar anje pergi sekolah agama.
then aku ternampak sekumpulan budk-budak ni tengah main sementara nak tunggu loceng bunyi.
dia orang main tiang tu yang kena cop-cop tu.
aku rasa best je tengok dorang macam tu.

tiba-tiba aku teringat member kelas sekolah agama aku.
aku macam tak percya yang aku dah hampir 7 tahun tnggalkan sekolah agma.
aku tingalkan kain hijau, 
aku tinggalkan sekolah petag.
dah lama tak nyanyi asma ul husna
kalau dulu setiap petang jumaat kan ada perhimpunan mesti nyanyi lagu tu dengan bersemangat.
dah lama tak sembahyang jemaah dengan mereka.
ah.. rindu kat masa tu.

masa sekolah agama, aku baik sikit au.
al-maklumlah makcik aku penolong kanan sekolah tu plus guru displin di mana semua murid takut.
padahal dia takder lah makan orang cuma suara dia nyaring lah.
nama dia Ustazah Hasnah, kat sekolah tu kalau sapa tak kenal dia memang menipu tahap ayam lah tu.
kalau dengar nama dia kompom semua diam.
aku ingat lagi dia pernah kata kenapa nak takut dengan dia. kitorang tak perlu takut tapi perlu hormat shj.
hah Cik Na, org minta maaf
heheh

masa sekolah,
aku ni agak culas utk pergi sekolah agama.
sebab petag kan. penat kot sekolah pegi lagi.
mau gila pala otak aku ni.
so kadang-kadang aku pg sekola  dengn ainur, my cousin akan pergi ngan Cik Na sebab blh masuk lambat.
hahha bapak jahat kan.
masuk sekolah je muka nk hot je.
dah lah Cik Na parking kereta dia betul-betul depan kelas aku so aku tak perlulah berjalan jauh untuk ke kelas.

aku ingat lagi, masa sekolah agama subjek yang aku paling benci ialah Imlak, Al-Quran
bukan apa sebab kena hafal tajwid. 
tu yang lomah sikit tu.
kadang-kadang aku tdur je.
tapi sekolah agam ni takderlah bosan sangat cause sekejap je.
dulu kitorang masuk pukul 2 balik kol 5.30
kitorang blajar dari pulu 2 sampai 430 je, lepas tu rehay then solat.
lepas solat terus balik.
cepatkan..

masa balik tu yang best, masing-masing berebutkan tempat duduk kat van.
dulu aku naik van. kadang-kadang jalan kaki cause rumah aku takder jauh mana tak sampai 1km pun tapi mengada-ngadakan nak naik van.
hahha
kesian parents aku kena bayar duit van tu.
haha

tapi aku nak cakap pasal rehat lah pula,
kalau rehat aku memang suka sbb maknn kantin macam-macam n murah-murah
air 20 sen je.
tapi sekarang huish jauh panggang dari api.
ada donat coklat dan macam-macam lagi.
lepas makan sementara tunggu waktu solat, 
kitorang akan main satu game.
antaranya lompat tali ( ala yang guna getah nasi lemak tu yang disambung-sambungkan tu) kitorang main lah . 
tapi kitorang pakailah seluar kat dalam gilo apo nak kena kejar ngan ustaz.
main batu seremban, sep tiang dan macam-macam ada.

best doh kalau aku ingat balik.
aku ingt lagi dak-dak yang nakal dalam kelas aku.
kalau masuk kelas tu tak sah kalau badan dorang tak basah dek peluh kadang-kdg lencun bhai. geli lak aku tengok.
antaranya zariff fahmi, izzat, raisul, shafiq, hakim and amirul izzat.
kat manalah dorang sekarang ni kn.
kalau kawan perempuan shafiqah shakri, ainur, syaza,ain zainal, farah robaie
dan ramai lagi tak ingatlah heheh.

kalau nak masuk balik bolah tak hahahha
^__^

No comments :