24 January 2011

Kerajinan aku tanpa Rela..

Pada 22 hb jan 2011 bersamaan hari Sabtu.. aku telah memecah rekod dengan pergi ke sekolah kerana cikgu membuat sekolah ganti sempena perayaan apa tah.. aku pergi dengan separuh rela.. sebenarnya aku paling benci kalau datang sekolah waktu cuti.. tapi kali ini aku pergi kerana aku taknak cikgu aku bebel. ahah sorry cikgu..
Aku melangkah dengan penuh kesayuan kerana meninggalkan katil aku yang cukup indah utk aku baring... aku drive pun slow je terasa amat malas utk pergi.. bila sampai sekolah je, aku dan budak upper six lain berkumpul di Dewan Kuliah, Ini kerana cikgu kata ada ceramah, dan pada masa tu dalam kepala otak aku cuma ada katil tambah pula aku lapar ( bila lak kan aku tak lapar, memanjang aku lapar je) hahaha, cikgu memberi ceramah tentang potensi diri, cita-cita.. ketika itu baru aku sedar yang aku ni bila besar nak jadi apa erk? aku pun dok memikirkan benda yang sepatutnya aku dah lama pikirkan, al-maklum baru sodar diri kan..sebenarnya impian aku more to photographer lagipun aku ada basicnya cause before this aku pernah tolong uncle aku jadi photographer kat gallery dia,selain itu aku boleh dikatakan aktif dalam bidang pengeditan video ni since aku Form 2, quite long gaklah aku bergelumang dalam bidang ini.. tapi bila aku 
pikir-pikir balik, bidang ini tidak sangat mempunyai masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang so aku kena cari something yang boleh jadi back-up plan aku di masa depan iaitu benda yang sttabil utk aku.. bila aku tanya rakan-rakan kesayngan aku,  mereka telah mengatakan bahawa  yang aku ni sesuai jadi wartawan disebabkan kelancaran mulut aku berkata-kata.. tapi aku pun was-was.. yelah aku mana lawa utk menjadi seorang wartawan. bidang ini memerlukan rupa daripada bakat kan..yeah aku sedar diri(terasa down sekejap)..
selain itu aku suka numbers e.g 12345 and so on.. aku tak suka menghafal sebab boleh membiol kan aku..
mereka kata aku boleh ambik course akauntan or banking.. haha akauntan ? banking? hahah akaun pun aku malas nak belajar, taubat aku nak belajar akaun.. tapi tulah aku tengah bingung.. korang rasa kan ada tak pekerjaan yang menggunakn sistem numbers but tidak ada akaun? tidak ada kan.. aku ni peliklah minta benda yang takder.. tapi tu lah diri aku, aku suka apa yang org tak suka..
Selain itu, semasa ceramah tu, banyak gak menyedarkan aku ( tak tahu utk berapa lama kesedaran tersebut, haha) kami diberikan tugas untuk menerangkan kenapa kami mengambil subject itu.. aku dikumpulankan bersama azeem and teja.. dan subject kami ialah Bahasa Melayu. Blurr sebentar bila aku memikirkan subject ini.. aku pun memulakan presentation tu dengan penuh bersemangat sebab aku suka bercakap depan orang ramai. :) itulah favourite aku iaitu presentation.. aku suka lontarkan apa yang aku pikirkan kepada orang lain.. 

Di antara gambar-gambar yang aku ambil,ni gambar orang lain bukan aku okay :-

wafaa memberikan penerangan tentang pengajian perniagaan

mia yang suka tgkap gambar orang xD
Pengajian Perniagaan pilihan si comel ini :D
setelah membuat beberapa kajian yang diberikan oleh cikgu ternyata aku tergolong di dalam golongan ini

E = Enterprising
C =  haha tak ingatlah..
R = pun tak ingat.. haha

Kesimpulannya: cikgu kata aku ni sesuai menjadi bussinesswoman, akauntan, tapi aku tak    minat ni semua haha. senang-senang aku jadi Isteri Soleha je lah.. hahah :D






No comments :