27 September 2010

26/9

  penyeksaan but alhamdullialh

Ya allah, aku tak pernah mnduga yg aku akan bertemu dngan lelaki yang aku plg syg dulu,
dalam situasi yang menyekat aku untuk memeluk,senyum dan mengatakan yang aku teramat merindui dia,


walaupun dia di hadapan aku,
tapi aku kelu untuk mengukir senyuman pada dia,
kerana aku takut nak melukakan hati orang yang menyayangi aku sekarang ini,
dia dah banyak berubah,
aku bersyukur padamu Ya Allah,
kerana Mu telah membuat dia sebegini, 
aku tahu ada perasaan yang akan sengsara bila aku berjumpa dengan  dia,
perasaan cemburu, takut, risau, gelabah dan sebagainya,
perasaan itu mncul kerana takut yang aku dgn si dia akan kmbali bersama,
aku tahu perasaan itu takut kehilangan aku,
tak sanggup kehilangan aku,
tapi aku ketika itu merasakan yang dunia aku nak hancur,
macam-macam perasaan yang aku rasakan bila berjumpa dengan dia, 
tanpa aku sedari aku  menangis.


aku tak tahu yg aku nangis kerna apa?
mungkinkah aku merasa terkejut kerna doa aku termakbul?
atau kerana aku nangis keranaku tahu yang aku tak mungkin dpt memiliki dia seperti dahulu?
aku takut aku tak dpt mengawal perasaan aku Ya Allah..
aku perhatikan yang si dia cuba untuk menutup kekekokan dia bila berjumpa dengan aku,
setelah berbulan tak ader berita,
tapi aku yg cuba utk menjauhkan diri dari dia kerna aku nak mnjaga hati orang yg mnyayangi diriku ni,
hari itu kami habiskan masa bersama, aku, dia, org yg nyayangiku & kawanku,
walaupun aku dgn si dia tak bertgur, 
tapi ada satu magnet di antara kami yang buat kami merasa dekat,
aku tak tahu kalu dya jugak mersa apa yg aku rasa .
tapi itu yg aku rasakan, 
kerna aku perhatikan sepanjang kami lepak bersama, 
dia akn memerhatikan aku ,
 walaupun dari jauh,
bila kau pandang ke arahnya,
dia seolah-olah nak menafikan dia memandang ke arah aku,
aku cuba berlakon yg aku tak ada pape perasaan kat dia, 


tapi  aku tak mmpu!
aku cuba bermesra dgn org yg nyayagi aku,
tapi kau tak dapat nafikan yang setiap saat mata aku akan mencuri-curi melihat dia,
wajah yang pernah aku usap,
tangan yang pernah aku pegang dahulu,
Ya Allah,
aku tak tahu sama ada aku mampu untuk menghadapi semua ini,
berikan lah aku kekuatan..

No comments :