17 May 2013

Review Resepi #3 : Puding Roti Marble

benda ni since 2 minggu lepas dalam draft aku, 
disebabkan pelbagai dugaan yang menimpa so aku hold dulu.
now aku nak muntahkan semuanya hahahha

masa balik rumah cuti pilhan raya haritu,
kerja aku hari-hari kat rumah dok buat makanan. sampai aku rasa setiap malam ada je dessert yang lain. nasib baik aku duduk rumah sekali sekala kalau selalu mahu berpenyakit orang dalam rumah tu.

meh aku kongsi puding roti marble ni , seriously sedap *masuk bakul tolak sendiri*

Puding Roti Marble



4 keping roti
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula (ikut suka korang)
60 gram serbuk agar-agar 
( bagi yang takda serbuk agar-agar boleh guna agar-agar yang biasa tapi jangan guna semua, agak-agak supaya pudding tak terlalu keras dan lembik)
1 sudu mentega
1 sudu milo( aku letak sebab aku suka )
1 sudu serbuk koko
hirisan buah peach ( hiasan)


cara-cara membuatnya

1. masukkan roti yang telah dicarik-carikkan (koyakkan), air, susu pekat dalam pengisar dan kisarkan sehingga menjadi sebati dan halus gegila macam air tu. then masukkan susu cair. kisar lagi sekali bagi sebati.



2. masukkan adunan tadi, serbuk agar-agar dan gula dalam periuk, masak atas api yang kecil, kacau guna handwhisk atau senduk sampai agar-agar dan gula tu hancur. kacau selalu sebab takut adunan tu berketul-ketul. 

3. bila adunan pudding tu dah larut, masukkan 1 sudu mentega ( jangan letak bebanyak sebab takut bau mentega) , kacau seketika then angkat.

4.setelah tu, kau orang asingkan kepada 2 bekas, satu bekas yang original satu bekas lagi untuk kita campurkan dengan serbuk koko. kata marble kan. make sure potion untuk yang adunan coklat tu sedkit sahaja untuk hiasan. lebih kurang 1- 2 senduk depends on korang.


5. susun hirisan buah peach kat base bekas dan masukkan adunan original dalam bekas 
( ni suka hati koranglah bekas apa as long bekas tu boleh cepat sejuk) . yang lagi satu adunan kecil tu masukkan serbuk koko, serbuk milo dan kacau sebati jangan bagi ada kerak-kerak serbuk tu. 


6. kemudian adunan koko tu tuang atas adunan original and ambik lidi atau garpu , buat corak sesuka jiwa kalian. setelah selesai , biarkan ia bertapa dalam peti ais sampai keras. 


taraaaa ini hasilnya. 2 kali aku buat, kali kedua buat 2 bekas.semua licin keesokkannya. gua bukan budak seni so corak dia memang lintang pukang mcm puting beliung 


selamat mencuba. kalau sedap buat bebanyak hantar rumah aku okay. haha
Assalamualaikum. 

p/s : nanti aku update laggi resepi, aku memang suka menggemukkan orang hahha. mana boleh aku sorang je debab.

No comments :